Buat Sendiri Roti Gebu Paling Mudah, Puas Hati Makan

Share

Sedapnya roti dimakan panas-panas. Bau aromanya sungguh membuka selera. Ramai juga yang cuba buat roti tetapi gagal nak hasilkan roti yang gebu dan lembut teksturnya. Resipi ini paling mudah nak buat. Tak payah pening kepala nak pakai bread maker, mixer ke sebab semua orang boleh buat hanya guna tangan. Tak payah guna pelembut pelik-pelik, sebab semua kenal tepung, kenal yis itu saja bahan utama.Boleh cuba ikut resepi Azlina Ina, gerenti menjadi.

Bahan-bahan pelembut doh:

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan air

Cara membuat pelembut doh:
1.Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
2.Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.

Bahan yis:
Yis
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula

Cara membuat yis:
1.Tuangkan air suam ke dalam yis.
2.Kemudian, masukkan gula dan tutup ke semua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.

Bahan membuat roti gebu:
1kg tepung
1 biji telur
3 sudu besar majerin atau butter
3 sudu besar pelembut doh
Sedikit garam halus
4 sudu besar susu tepung (jika suka)
1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
5 sudu besar gula

Cara membuat adunan roti gebu
1. Gaul semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi.


3. Kemudian uli sikit-sikit.

4. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembik sedikit.

5. Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit pada tangan.

6. Uli doh sehingga licin lebih kurang 10 minit.

7. Kemudian tutup adunan doh dengan tuala lembap supaya ia kembang berganda.

8. Bila doh dah berganda, tumbuk doh untuk buang angin.

9. Uli dan letakkan minyak pada tangan serta bekas bagi mudahkan kerja bentukkan doh.

10. Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit.
11. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.

12. Sapukan majerin atau butter pada bahagian atas doh dan bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 45 minit api atas bawah, bergantung pada oven masing-masing.
13. Bila roti dah berwarna perang, tanda ia dah masak dan sapukan majerin atau butter untuk kilatkan roti.
Selamat mencuba
Kredit: Azlina Ina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri Adila Saari