Sedapny Roti Kukus! Bila tengok ada makanan yang viral di media sosial, pasti kita teringin nak merasanya kan. Tapi kadang-kadang faktor lokasi yang jauh, boleh membantut hasrat tersebut. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri saja roti kukus yang viral di Bangi. Menerusi perkongsian daripada Juliana Jue Cullen ini, dia mencari sendiri resipi roti kukus di Youtube. Manakala untuk fillingnya, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
RESIPI ROTI KUKUS VIRAL
BAHAN-BAHAN:
425gm tepung pau/tepung gandum
75gm tepung tang mien (optional) | boleh cari di kedai bakeri, kalau tak ada boleh guna sepenuhnya tepung pau/gandum ye
125gm gula halus
5gm yis
5gm baking powder
50gm shortening (lemak sayur)
+-225gm-240gm air sejuk
CARA MEMASAK:
1. Adun bahan dengan menggunakan mixer. Masa lebih kurang 30 min low speed
2. Adunan akan dapat 4 bekas kod 4573, setiap timbangan doh 225gm-228gm.
3. Proofing lebih kurang 1 jam-1 jam 30 min bergantung kepada cuaca.
4. Kukus selama 25 minit ke 30 minit. Pastikan balut tutup pengukus dengan kain.
5. Roti yang siap dikukus, sejukkan dulu baru potong. Gunakan pisau yang bergigi halus. Boleh dapatkan di kedai bakeri, pelbagai size ada.
6. Lebihan roti yang belum diisi filling, boleh simpan dalam peti beku. Nak guna, kena kukus semula bagi dia lembut balik.
7. Filling boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing.
8. Nak jimat, bancuh guna tepung gandum dulu. Dah mahir sikit, baru cuba tepung pau.
Kredit resipi: Juliana Jue Cullen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lebih Puas Makan & Jimat, Buat Sendiri Hot & Roll Crispy Di Rumah
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI