Roti loaf atau roti keping memang stok makanan yang sentiasa ada di rumah dan biasanya roti ini kita beli. Tapi kalau di rumah dan ada breadmaker apa kata cuba buat sendiri.
Roti loaf homemade ini dah tentu lebih sedap dan sihat kerana tiada penggunaan bahan pengawet. Paling penting ia air tangan sendiri.
Jika mahu hasil roti yang kita hasilkan sama gebu macam kita beli boleh ikut cara yang dikongsi oleh Hehiman Sakuan.
Buat sendiri Roti loaf homemade
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan marjerin
3 sudu gula
1 cawan susu (full cream/lowfat/fresh)-suam
(1 cup air suam campur dengan 2 sdm susu tepung)
1 sudu makan yis
Sedikit garam
Ads
Cara membuat:
1. Gula, susu (suam) dan yis gaul dan biarkan berbuih sekejap.
2. Kemudian masukkan dalam adunan tepung bersama garam. Uli sekejap(boleh guna bread maker atau tangan) kemudian masuk marjerin.
3. Uli lagi hingga elastik. Selepas itu biarkan doh naik seketika (double in size).
4. Bentukkan dan masuk dalam acuan yang disapu dengan marjerin. Bentukkan dan bakar. Sebelum itu sapu juga bahagian atas doh dengan marjerin.
Ads
5. Bakar dalam oven suhu dalam 200-230 darjah celsius, masa 30-45 minit (bergantung kepada oven masing-masing). Guna api atas dan bawah.
6. Bila bahagian atas roti dan bertukar kekuningan macam dalam gambar boleh keluarkan.
Ads
Resipi ini boleh digunakan untuk cinnamon rolls juga.
Kalau ada roti lebih boleh cuba buat bingka roti ni. Tapi paling mudah guna pemanggang ajaib ni masakan jadi masak sekata dan cantik rupanya. Sesuai buat makan satu family. Boleh la cuba kalau masih belum ada pembakar di rumah. Mesti seronokkan!
RESIPI BINGKA ROTI BAKAR AJAIB
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti gardenia
2 biji telur – pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan – 200ml santan KARA + 200ml air (sy ltk pewarna hijau dan esen pandan)
100 ml full cream milk – bole guna susu segar@susu cair
1 sudu kecil esen vanila
CARA-CARA:
Carik-carikkan roti dan masukkan dlm satu mangkuk besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan whiskn bg sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan whisk x bg tpg berketul2. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti td.
Biarkan roti terendam sebentar dalam 15-20 minit.
Tuang ke dalam pemanggang ajaib dan bakar sampai masak. Gune api paling kecil. Kne selalu check dan tengok supaya tak hangit. Td sy bakar dlm 20 min kemudian terbalikkan ke permukaan lg satu dan bakar lg 20 minit. Kena perhatikan juga masa bakar. Biarkan sejuk baru potong. Sy ltk baking paper utk memudahkn msa keluarkn bingka roti.
Feeling dapat membuat roti sendiri ni lain. Puas bila dilihat hasilnya menjadi gebu. Membuatnya juga kena ada minat dan dibuat dengan sabar. Hari ni kita meroti wool bread dan membakarnya atas dapur gas. Bahan yang digunakan pun simple saja.
WOOL BREAD Bahan-bahan: 110ml susu segar/cair suam 3 sudu besar gula 1 sudu kecil yis-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 biji telur 2 sudu besar butter #zida2004 Filling/ inti pilihan – Saya letak coklat cip saja
Bahan sapuan: 1 biji kuning telur 1 sudu besar susu segar/cair
Cara memasak: 1.Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan selama lima minit. 2.Satukan tepung dan telur, gaul sebati. Masukkan butter, gaul lagi. 3.Kemudian masukkan yis yang telah kembang tadi. Gaul dan uli selama lima minit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. 4.Bulatkan doh. Sapukan sedikit minyak di atas doh. Tutup permukaan bekas. Rehatkan selama 1 jam. 5.Uli sebentar untuk membuang angin pada doh. Bentukkan membujur dan potong/ bahagikan kepada lima bahagian. 6.Ambil satu bahagian, canai bentuk bujur. Hiris secara memanjang dan halus dan sekata (seperti memotong mi) 3/4 doh membawa ke hujung doh.
7.Letakkan inti di hujung bahagian doh yang tidak dihiris. Gulungkan dengan kemas hingga ke hujung doh yang telah dihiris. 8.Ulang langkah yang sama dengan baki empat doh yang tinggal. 9.Sapukan sedikit minyak pada loyang. Susun doh yang digulung tadi ke dalam loyang secara membulat hingga penuh tepian loyang. 10.Campurkan kuning telur dengan susu. Kacau sebati. Sapukan ke atas doh roti. 11.Panaskan periuk di atas dapur gas selama lima hingga tujuh minit. Masukkan loyang doh roti. Bakar dengan api paling perlahan selama 30 minit. Jika bakar dengan oven, bakar dengan suhu 180°C selama 25-30 minit mengikut oven masing-masing. Siap untuk dihidang.
Roti kalau dibuat sendiri boleh makan panas-panas, fresh from the oven . Gunakan pulak ramuan berkhasiat memang terbaik lah.
Ni min kongsikan dua resipi roti daripada bahan makanan sunnah iaitu zaitun, madu dan kismis. Adun dan uli elok-elok. Jangan lupa semak resipi bun oreo coklat sekali ya.
OLIVE HERB POTATO FOCCACIA
BAHAN-BAHAN :
800gm tepung roti | diayak
200gm kentang | direbus dan dilecek
40gm yis
20gm garam
20gm gula
6gm oregano
500ml susu segar
150ml minyak zaitun
Buah zaitun secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK : 1. Masukkan tepung, kentang lecek, yis, garam, gula dan oregano ke dalam penguli. Campur dan gaulkan sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli selama 5 minit lagi dalam kelajuan perlahan. 3. Masukkan minyak zaitun dan ulikan lagi selama 7 minit. 4. Ambil dan doh dan letakkan di dalam tin pembakar. 5. Rehatkan selama 2 jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari asal. Letakkan buah zaitun di atasnya 6. Panaskan oven dalam suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau keperangan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : roti Keistimewaan : Sedap dimakan bersama sup dan keenakan minyak dan buah zaitun yang sihat
INFO CHEF :Buah zaitun boleh juga diganti dengan tomato ceri atau bawang putih.
HONEY GOLDEN RAISIN LOAF
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti
20gm gula perang
8gm garam
10gm yis kering
30ml madu
50gm mentega
250ml air
150gm kismis kuning
CARA MEMASAK : 1. Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis. 2. Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit. 3. Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis. 4. Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama. 5. Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar. 6. Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda. 7. Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Saiz hidangan :2 buku roti, 4 orang Waktu memasak: 20 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega
INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.
TERIMA KASIH : THE PEARL HOTEL KL
OREO CHOCOLATE BUN
BAHAN-BAHAN : Bahan A:
330 gm tepung roti
8 gm yis
16.6gm susu tepung
50 gm gula
30 gm mentega
6 gm garam
45gm telur
167 ml susu segar
BAHAN INTI : Coklat ganache :
125 gm krim putar
125 gm coklat masakan (baking chocolate)
50 gm mentega
Krim kastad :
250 gm tepung kastad
1/2 liter susu segar
1 liter krim putar
50 gm serbuk biskut Oreo
‘Topping’:
100 gm serbuk biskut Oreo
CARA MEMASAK : Cara masak inti (chocolate ganache): 1. Masakkkan krim putar di atas api sederhana hingga mendidih sedikit dan tutupkan api. 2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati. 3. Kemudian masukkan mentega dan sebatikan. Biarkan dalam suhu bilik. Cara masak inti (krim kastad) : 1.Masukkan tepung kastad, susu segar dan krim putar di dalam periuk. 2.Masakkan di atas api sederhana 3.Tutup api dan biarkan seketika dalam suhu bilik.
Cara membuat oreo bun : 1. Masukkan bahan bahan A ke dalam mixer dan bancuh dengan kelajuan rendah selama 1 minit 2. Selepas 1 minit, bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit 3. Tutup mixer dan periksa jika doh lembut dan licin 4. Keluarkan doh dari mixer dan timbang 60 gm untuk setiap doh 5. Rehatkan pada suhu bilik selama 10 minit 6. Uli doh memanjang untuk dililit ke acuan 7. Sesudah siap semua celup ke dalam air dan celup ke oreo hancur untuk topping dan letak ke dulang pembakar 8. Rehatkan selama 1 jam sebelum bakar 9. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah celcius, kemudian masukkan dulang pembakar berisi bun. 10. Bakar hingga coklat keemasan, keluarkan dan sejukkan selama 30 minit dan isi dengan bahan inti ke dalam bun
Saiz hidangan : 10 biji Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Rasa coklat berkrim dan keenakan biskut Oreo Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan coklat masakan tidak dimasak ‘langsung’ atas api. Tutupkan api dan anda boleh tuangkan krim putar atas coklat masakan hingga cair. TERIMA KASIH : HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG