Makan

Buat Sendiri Roti Loaf, Sama Gebu Macam Beli

Share

Roti loaf atau roti keping memang stok makanan yang sentiasa ada di rumah dan biasanya roti ini kita beli. Tapi kalau di rumah dan ada breadmaker apa kata cuba buat sendiri.

Roti loaf homemade ini dah tentu lebih sedap dan sihat kerana tiada penggunaan bahan pengawet. Paling penting ia air tangan sendiri.

Jika mahu hasil roti yang kita hasilkan sama gebu macam kita beli boleh ikut cara yang dikongsi oleh Hehiman Sakuan.

Buat sendiri Roti loaf homemade

 

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan marjerin
3 sudu gula
1 cawan susu (full cream/lowfat/fresh)-suam
(1 cup air suam campur dengan 2 sdm susu tepung)
1 sudu makan yis
Sedikit garam

 

Cara membuat:

1. Gula, susu (suam) dan yis gaul dan biarkan berbuih sekejap.

 

2. Kemudian masukkan dalam adunan tepung bersama garam. Uli sekejap(boleh guna bread maker atau tangan) kemudian masuk marjerin.

3. Uli lagi hingga elastik. Selepas itu biarkan doh naik seketika (double in size).

 

4. Bentukkan dan masuk dalam acuan yang disapu dengan marjerin. Bentukkan dan bakar. Sebelum itu sapu juga bahagian atas doh dengan marjerin.

5. Bakar dalam oven suhu dalam 200-230 darjah celsius, masa 30-45 minit (bergantung kepada oven masing-masing). Guna api atas dan bawah.

 

6. Bila bahagian atas roti dan bertukar kekuningan macam dalam gambar boleh keluarkan.

Resipi ini boleh digunakan untuk cinnamon rolls juga.

Sumber: Hehiman Sakuan

 

IKLAN