
Isi Kandungan
ToggleAsyik makan roti yang dibeli saja, sesekali makan roti homemade memang akan terasa sedapnya. Antara yang boleh cuba adalah roti paung. Boleh dijadikan hidangan pagi atau petang, makan begitu saja pun dah sedap.
Jika nak mencuba boleh ikut resipi yang dikongsi oleh peniaga roti paung sendiri, Norhazura Harun. Hasilnya insya-Allah lembut dan sedap.
Buat sendiri roti paung lembut
Bahan-bahan
500gm tepung high protein/tepung gandum
2 sudu makan susu tepung
100 gm mentega
11gm yis (yis saf)
100gm gula halus (boleh lebihkan jika suka manis)
1 biji telur
230gm air sejuk
Cara membuat
1. Satukan semua bahan dan uli.
2. Biar adunan naik sekali ganda.
3. Bulatkan doh kecil-kecil.
4. Letak dalam loyang yang dioles sedikit mentega.
5. Biar doh kembang sedikit dan sebelum bakar, sembur air atas roti supaya berkilat. Ini juga petua agar roti tak kering.
6. Kemudian bakar dalam oven suhu 160 darjah selama 15-20 minit.
7. Selepas roti masak keluarkan dari oven dan oles dengan mentega di atas rot supaya berkilat.
INFO
- Satu adunan 4-5 loyang tengok (ikut saiz doh)
- Boleh juga ditabur dengan topping atau diletakkan inti mengikut cita rasa sebelum dibakar.
Kredit resipi: Norhazura Harun
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Resipi Quiche & Pai Mudah Untuk Hidangan Pagi Raya

Terasa nak hidang menu special ala barat untuk tetamu yang datang beraya? Kalau nak kelainan, seleksi aneka Quiche dan Pai ni boleh anda hasilkan. Jika beli atau tempah, harga pastinya tidak murah. Jadi apa kata anda buat sendiri. Pasti puas hati dan lebih jimat. Selamat mencuba!
1. CHICKEN POT PIE
BAHAN PASTRI:
- 1 tin sup cendawan
- 1 cawan susu segar
- 2 cawan sayur campur
- 400gm isi ayam
- 1 biji bawang besar | dipotong dadu
- Sedikit minyak untuk menumis
- Pastry segera secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang sampai layu. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati. Masukkan pula sayur campur kemudian perasakan dengan sedikit garam.
- Masukkan sup cendawan dan susu segar masak sehingga sedikit pekat.
- Ketepikan.
- Masukkan isi yang telah di masak tadi ke dalam bekas remekin.
- Tutupkan dengan puff pastri tadi mengikut saiz remekin. Sapukan kuning telur di permukaan pai.
- Bakar dengan suhu 200C selama 15 minit.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bakar pastri sekadar untuk merangupkan pastri segera sahaja.
2. CHICKEN MUSHROOM QUICHE
BAHAN UNTUK PASTRI:
- 200gm tepung gandum
- Sedikit garam
- Sedikit mixed herbs
- 110gm mentega sejuk -kiubkan
- 1 kuning telur
- ¼ sudu makan jus lemon
- 20ml air sejuk | dimasuk berselang seli
- 1 sudu teh gula halus
BAHAN UNTUK INTI:
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 50gm lada benggala pelbagai warna di potong dadu
- 1 batang seleri
- 20gm cendawan butang hiris nipis
- Bawang besar
- 200 isi ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit mixed herbs
BAHAN UNTUK CREAM:
- 250gm whipped cream
- Sedikit lada hitam
- 4 biji telur
CARA MEMASAK :
- Untuk menyediakan pastri, campurkan tepung gandum, garam dan mixed herbs.
- Seterusnya campurkan bahan selebihnya dan gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan tepung tadi.
- Kemudian uli sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
- Selepas itu, terapkan dalam pie mould yang boleh dikeluarkan plate dari bawah dan cucukkan tepung dengan garpu dan bakar selama 15 minit-20 minit secara blind bake atau separuh masak.
- Untuk menyediakan filling.Tumiskan bawang putih, diikuti isi ayang yang telah dicincang , goreng sekejap.
- Masukkan kesemua campuran sayuran.
- Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.
- Bagi menyediakan krim pula, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
- Selepas doh dibakar separuh masak selama 20 minit, masukkan filling.
- Akhir sekali masukkan krim.
- Taburkan keju cheddar yang diparut dan bakar selama 35 minit pada suhu 170°C.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Quiche adalah sejenis pastri seperti tart yang dimasukkan dengan isi yang dimasak terlebih dahulu.
3. TUNA POTATO FLAN
BAHAN PASTRI:
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 115gm mentega sejuk | dipotong dadu
- Air sejuk secukupnya
BAHAN INTI:
- 1 sudu makan mentega untuk menumis
- 1 biji bawang Holland
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 tin tuna
- 100gm lada benggala dipotong dadu
- 2 biji telur
- ½ cawan krim masakan
- ½ sudu teh jus lemon
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
- Untuk menyediakan pastri, satukan semua bahan kecuali butter dan air. Gaul rata.
- Masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
- Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai
- Kemaskan keliling acuan pai, kemudian lebihan doh dipotong dengan pisau.
- Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
- Blind bakepastri keemasan (letakkan kertas timah pada permukaan doh dan taburkan kacang merah atau beras supaya berat. Apabila pastri dah keemasan, keluarkan kertas timah dan kekacang).
- Untuk menyediakan inti,
- Panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kacau rata.
- Masukkan tuna dan perahkan lemon masak dan ketepikan.
- Masukkan inti dalam pastri yang dah kuning keemasan.
- Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti pastri tadi.
- Bakar pastri selama 30 minit pada suhu 170C atau cucuk lidi pada adunan telur, jika tidak melekat, itu tandanya sudah masak.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Adunan ini sesuai untuk pastri bersaiz besar.
4. QUICHE TOMYAM UDANG
BAHAN PASTRI:
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- ½ sudu teh serbuk kari
- 115gm mentega sejuk | potong dadu
- Air sejuk secukupnya
BAHAN INTI:
- 1 sudu makan mentega untuk menumis
- 1 biji bawang Holland
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu teh perencah tomyam
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 200gm isi udang
- 2 tangkai daun sup | hiris
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu cair
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat pastri, satukan semua bahan pastri kecuali mentega dan air. Gaul rata.
- Kemudian masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tidak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
- Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai.
- Kemaskan keliling acuan pai, lebihan doh dipotong dengan pisau. Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
- Blind bake pastri keemasan (blind bake – letakkan kertas timah pada permukaan doh dan taburkan kacang merah atau beras supaya berat. Apabila pastri sudah keemasan, keluarkan kertas timah dan kekacang).
- Untuk menyediakan inti, panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan kacau rata.
- Masukkan isi udang.
- Masukkan inti dalam pastri yang sudah kuning keemasan
- Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti pastri tadi.
- Bakar pastri selama 30 minit pada suhu 170C. Cucuk dengan lidi pada adunan telur, jik tidak melekat, bermakna ia sudah masak.
- Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Jika suka pedas, boleh lebihkan sedikit serbuk kari dalam bahan.
5. MINI SHEPHERD PIE
BAHAN A (UNTUK INTI):
- 400 gram daging kisar
- ½ biji bawang besar | potong dadu
- 1 ulas bawang putih | cincang
- ¾ cawan kacang panggang
- 6 biji cendawan butang |belah empat
- 5 biji tomato masak | potong dadu atau boleh digantikan dengan sedikit puri tomato
- 1 batang lobak merah | potong dadu
- 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1 cawan air
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 kiub stok daging
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
BAHAN B (UNTUK TOPPING):
- 1 kg kentang | potong kecil-kecil
- 1/2 cawan susu segar
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- Air untuk merebus kentang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
- Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
- Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
- Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
- Sediakan bahan untuk membuat topping pula.
- Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk.
- Ketika kentang masih panas, lecek hingga hancur sebati.
- Gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
- Masukkan adunan kentang ke dalam bekas aluminium kecil
- Seterusnya masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Atau masukkan dalam piping bag dan guna swirl nozzle yang besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu . Bakar selama 30 minit atau hingga bahagian atasnya keperangan.
- Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan ketika masih suam.
INFO CHEF : Boleh dimasak di dalam remekin atau di dalam bekas foil comel.
6. BABY SPINACH AND SALMON QUICHE
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping short crust pastry
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu segar
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- 60gm mentega| dicairkan
- 285gm kepingan ikan salmon
- 50gm baby spinach
- Sedikit garam
- 1/2 cawan keju
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur, masukkan susu, tepung, baking powder ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
- Masukkan mentega, kepingan ikan salmon, baby spinachdan keju ke dalam bancuhan telur tadi.
- Tuangkan ke dalam acuan short crust pastry dan bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit.
INFO CHEF: Bahan inti boleh juga dimasukkan hirisan cendawan butang yang telah ditumis bersama minyak zaitun sehingga layu untuk rasa yang padat.
Tak Tipu, Roti Basque Burnt Cheese Topping Ini Memang Sedap!

Buat penggemar keju, ini ada satu lagi resipi yang boleh anda cuba. Nampak sedap dan menarik. Bukan hanya sedap untuk anda, malahan anak-anak pun mesti suka. Sesuai dijadikan hidangan minum petang. Jom kita cuba resipi Roti Basque Burnt Cheese Topping oleh Ida Osman ini.
ROTI BASQUE BURNT CHEESE TOPPING
BAHAN-BAHAN:
- 100 gram cream cheese
- 2 keping keju cheddar yang telah disiat-siat
- 40 gram susu cair
- 40 gram gula caster
- 20 gram butter tawar
- 2 biji kuning telur
- 1/4 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
1. Dengan menggunakan api perlahan, panaskan cream cheese, keju slice dan susu sehingga cair. Sentiasa kacau untuk mengelakkan keju hangus.
2. Kemudian, masukkan gula. Setelah gula larut, masukkan butter. Kacau sehingga butter sebati, barulah masukkan kuning telur.
3. Kacau tanpa henti sehingga adunan pekat seperti kastard. Matikan api dan masukkan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
4. Sapu kastard ini di atas roti. Susun dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200, kira-kira 1o minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus.
TIP:
– Jangan bakar terlalu lama. Kastard keju akan mengering.
– Cara menyapu kastard keju bergantung pada selera masing-masing. Lagi tebal kastard, lebih sedap rasanya.
Jika anda sedang mencari MICROWAVE yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: IDA OSMAN
Artikel berkaitan yang boleh dibaca:
Lelaki Ini Olah Roti Jadi Biskut Kering Bergula, Kreatif Sungguh!
Roti Manis Uli Tangan Pun Lembut & Gebu Aje. Ikut Arahan Membuatnya.
Resipi yang boleh anda cuba di rumah:
Buat Sendiri Roti Canai Puas Makan

Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya. Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu makan gula
- 1 cawan Air
- Setengah sudu kecil garam
- Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
- Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
- Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
- Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
- Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
- Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
- Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
- Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
- Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
- Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
Kredit: Normaliana Abu Bakar