Makan

Buat Sendiri Roti Paung Lembut Untuk Makan Petang

Share

Asyik makan roti yang dibeli saja, sesekali makan roti homemade memang akan terasa sedapnya. Antara yang boleh cuba adalah roti paung. Boleh dijadikan hidangan pagi atau petang, makan begitu saja pun dah sedap.

Jika nak mencuba boleh ikut resipi yang dikongsi oleh peniaga roti paung sendiri, Norhazura Harun. Hasilnya insya-Allah lembut dan sedap.

Buat sendiri roti paung lembut

Bahan-bahan

500gm tepung high protein/tepung gandum
2 sudu makan susu tepung
100 gm mentega
11gm yis (yis saf)
100gm gula halus (boleh lebihkan jika suka manis)
1 biji telur
230gm air sejuk

Cara membuat

1. Satukan semua bahan dan uli.

2. Biar adunan naik sekali ganda.

3. Bulatkan doh kecil-kecil.

4. Letak dalam loyang yang dioles sedikit mentega.

5. Biar doh kembang sedikit dan sebelum bakar, sembur air atas roti supaya berkilat. Ini juga petua agar roti tak kering.

6. Kemudian bakar dalam oven suhu 160 darjah selama 15-20 minit.

7. Selepas roti masak keluarkan dari oven dan oles dengan mentega di atas rot supaya berkilat.

INFO

  • Satu adunan 4-5 loyang tengok (ikut saiz doh)
  • Boleh juga ditabur dengan topping  atau diletakkan inti mengikut cita rasa sebelum dibakar.

Kredit resipi: Norhazura Harun

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose