Kita selalu buat sandwic untuk bekalan, tapi biasanya yang ringkas. Letak tuna, sardin atau telur kemudian tambah sayur. Itu saja.
Tapi sekali sekala buatlah sandwic yang bertingkat begini. Tebal, penuh inti dan memang mengenyangkan.
Apa nak letak dalam sandwic yang tebal ini? Boleh ikut saja idea Zurina Zulkefli
.
4 keping roti mil (wholemeal bread)- dipanggang atas kuali supaya rangup
2 keeping lof daging ayam – kuali atas kuali hingga masak
6 hiris timun Jepun – dibasuh dan dilap hingga kering
6 hirisan lobak merah – hiris memanjang
2 helai daun salad- basuh dan keringkan
1 keping keju
Sos bijan panggang
Cara menyediakan sandwich
1. Letakkan kepingan roti pertama yang disapu dengan marjerin. Kemudian letak helaian daun salad di atas roti.
2. Seterusnya letakkan satu kepingan lof daging ayam.
3. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
4. Letakkan satu kepingan keju
5. Letakkan lobak merah yang digaul satu mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
6. Susun hirisan timun Jepun yang terlebih dahulu ditaburkan secubit lada hitam dan garam ke atasnya.
7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisa timun.
8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat.
Siap sandwish 4 tingkat
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli