Buat Sendiri Sos Carbonara Homemade. Mudah, Sedap & Lebih Jimat.

Share

Biasanya kalau nak masak Fetuccine atau Spageti Carbonara, kita beli sos carbonara segera di pasar raya. Kadang kala tak berapa nak kena dengan selera. Sos carbonara ni sebenarnya mudah je kalau nak buat secara homemade. Jom lihat resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Boleh cuba nanti.

RESIPI SOS CARBONARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
3 ketul isi ayam – potong dadu
3 sudu makan marjerin @ mentega – beli online DISINI


4 sudu makan tepung gandum – beli online DISINI
3 keping keju
1 sudu teh serbuk pati ayam – beli online DISINI
Sedikit garam
Oregano kering secukupnya – beli online DISINI
3 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu teh serbuk lada hitam – beli online DISINI
1 sudu makan minyak masak
5 cawan air
Pasta (fetuccine @ spageti) yang direbus – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Satukan isi ayam, bawang putih cincang dan serbuk lada hitam. Gaul sebati dan perap selama 5 minit.

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau hingga masak.

3. Kecilkan api dan masukkan marjerin @ mentega. Biarkan cair.

4. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul sebati bersama ayam dan marjerin @ mentega.

5. Tambahkan air dan sebatikan sehingga tiada ketulan tepung dan kuah menjadi likat. Masak guna api sederhana.

6. Seterusnya masukkan kepingan keju, serbuk pati ayam dan sedikit garam.

7. Akhir sekali, masukkan oregano dan sebatikan. Padamkan api.

8. Sedia dihidangkan bersama pasta.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/sangat-sedap-30-menu-harian-masakan-kampung-kena-cuba/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur