Buat Sendiri Sos Ikan Homemade. Lebih Bersih & Halal

Share

Sos ikan atau nampla sauce adalah sejenis penambah perisa makanan yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng, kerabu dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya. Dikatakan jika lebih besar ikan yang digunakan untuk membuat sos, lebih mahal harga sos ikan tersebut.

Di pasaran, kebanyakan yang dijual adalah produk yang diimport dari negara jiran sekaligus menimbulkan rasa was-was tentang bahan serta cara-cara penghasilannya terutamanya bagi masyarakat Islam.  Oleh itu, bagi anda yang sellau menggunakan bahan ini, adalah lebih baik jika hasilkan sendiri secara homemade.  Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.

 

RESIPI SOS IKAN HOMEMADE @ NAMPLA SAUCE

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm ikan tenggiri
  • 5 ulas bawang putih | dicincang kasar
  • 1 biji limau nipis | diambil jusnya
  • 5 helai daun salam
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 cawan air masak
  • 1 sudu besar garam kasar

CARA MEMBUAT:

  1. Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan.
  2. Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
  4. Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

INFO YANG ANDA PERLU TAHU:

  1. Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
  2. Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur