Apa-apa makanan, bila buat sendiri lagi puas hati dan boleh simpan banyak. Contohnya seperti membuat sos pasta sendiri. Memang sangat berbaloi dengan nilai bahan yang dibeli pun murah dan mudah didapati.
Silap-silap haribulan boleh jadi sumber pendapatan juga tau.
Resipi sos pasta homemade atau dipanggil mother of pasta sauce daripada Izani Shadila ini, boleh buat masak untuk pelbagai jenis pasta, topping pizza, lasagna, roti sausage, dipp untuk any artisan bread dan pastries pun boleh.
HOMEMADE PASTA SAUCE
BAHAN-BAHAN: 700gm tomato segar 500gm tomato stock (air rebusan tomato) 200gm pes tomato 50gm bawang merah | dicincang – beli online di sini 20gm bawang putih – beli online di sini 30gm minyak zaitun 10gm English parsley 10gm ketumbar 2 helai daun Bay leaf Herba tambahan – Thymes, Oregano, Basil – beli online di sini Garam, gula & serbuk lada hitam
Ads
CARA-CARA:
1. Bahagian bawah tomato dikelar 4. Untuk mudahkan tanggalkan kulit nanti.
2. Rebus tomato segar sampai lembut. Keluarkan dan toskan. Buang kulit. Simpan stock rebusan tu. 3. Dalam pan yang lain, panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai layu sikit. Tak perlu caramel sangat. Masukkan bay leaf.
Ads
4. Masukkan tomato, stock tomato dan pes tomato. Boleh hancur-hancurkan tomato tu tadi ya. Stock tomato tak semestinya semua ya. Masuk sikit demi sikit ikut nak pekat dia macam mana. 5. Masukkan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam. Masak sampai warna dah cantik, dah siap dah. 6. Boleh simpan dalam freezer/chiller. Apabila nak guna, hanya defrost je. *nak kisar kasar-kasar sikit pun boleh.
Sardin adalah makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Biasanya selain dimakan begitu sahaja, sardin juga dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Tapi pernah anda cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN
Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
Bawang besar | dihiris
Cili padi | dihiris
Cili besar | dihiris
Tomato | dihiris
Asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Info RASA:
Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Nasi Goreng Cili Padi, apa kata anda cuba untuk menu sarapan pagi. Istimewanya resipi Nasi Goreng Cili Padi yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin ini dicampur dengan isi ikan goreng. Ramuan inilah yang membuatkan Nasi Goreng Cili Padi jadi bertambah sedap. Mesti makan sepinggan tak cukup.
RESIPI NASI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
Nasi sepinggan penuh Cili padi dan cili merah ikut kepedasan masing-masing 1 biji bawang merah 3 ulas bawang putih – beli online Belacan – beli online 1/2 kiub ikan bilis – beli online 1/4 cawan ikan bilis tebal Garam
*ramuan tambahan: isi ikan
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan kecuali kiub ikan bilis dan telur.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
4. Letak isi ikan. Jangan letak tulang sekali ye. Gaul hingga bahan tumis sudah masak.
5. Masukkan kiub ikan bilis dan garam.
6. Masukkan telur. Kacau hingga telur masak.
7. Masukkan nasi dan kacau rata.
8. Beginilah hasilnya Nasi Goreng Cili Padi yang telah siap dimasak. Selamat menjamu selera!
Tepung gomak merupakan kuih tradisi Melayu yang digemari ramai. Ia adalah salah satu jenis kuih yang menggunakan tepung kacang hijau. Jom kita cuba buat di rumah, resipinya tak susah pun..Boleh lah dihidangkan ketika sarapan atau minum petang nanti..kena pula dengan air kopi panas atau ais..Alahai nikmatya..
TEPUNG GOMAK
BAHAN TEPUNG
300 gm tepung pulut
1 cwn air
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
Campurkan tepung dan garam.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.
BAHAN INTI
200 gm gula merah
1/2 cwn gula putih
1/2 cwn air
1 bj kelapa parut
2 st tepung gandum
2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
Campurkan gula merah, gula putih, air dan sehelai daun pandan.
Masak sehingga gula larut. Tapis air gula.
Masukkan semula air gula di dalam kuali.
Campurkan kelapa dan sehelai lagi daun pandan.
Masak sehingga kering.
Akhir sekali masukkan tepung.
TEPUNG KACANG HIJAU
200 gm kacang hijau
CARA PENYEDIAAN
Basuh kacang hijau sehingga bersih.
Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan.
Kemudian dikisar halus.
Ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.
CARA MEMBUAT TEPUNG GOMAK
Ambil sedikit adunan tepung, leperkan dan masukkan inti.
Bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. apabila kuih telah timbul didalam air rebusan, angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau.
INFO: Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.