Apa-apa makanan, bila buat sendiri lagi puas hati dan boleh simpan banyak. Contohnya seperti membuat sos pasta sendiri. Memang sangat berbaloi dengan nilai bahan yang dibeli pun murah dan mudah didapati.
Silap-silap haribulan boleh jadi sumber pendapatan juga tau.
Resipi sos pasta homemade atau dipanggil mother of pasta sauce daripada Izani Shadila ini, boleh buat masak untuk pelbagai jenis pasta, topping pizza, lasagna, roti sausage , dipp untuk any artisan bread dan pastries pun boleh.
HOMEMADE PASTA SAUCE
BAHAN-BAHAN:
700gm tomato segar
500gm tomato stock (air rebusan tomato)
200gm pes tomato
50gm bawang merah | dicincang – beli online di sini
20gm bawang putih – beli online di sini
30gm minyak zaitun
10gm English parsley
10gm ketumbar
2 helai daun Bay leaf
Herba tambahan – Thymes, Oregano, Basil – beli online di sini
Garam, gula & serbuk lada hitam
CARA-CARA:
1. Bahagian bawah tomato dikelar 4. Untuk mudahkan tanggalkan kulit nanti.
2. Rebus tomato segar sampai lembut. Keluarkan dan toskan. Buang kulit. Simpan stock rebusan tu.
4. Masukkan tomato, stock tomato dan pes tomato. Boleh hancur-hancurkan tomato tu tadi ya. Stock tomato tak semestinya semua ya. Masuk sikit demi sikit ikut nak pekat dia macam mana.
Kredit resipi: Izani Shadila
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: