Isi ayam terutama bahagian dada selalunya kurang dapat sambutan kalau dimasak. Bahagian kepak, paha selalu lebih dulu dipilih untuk dimakan. Jadi, kalau ada bahagian dada ayam, lebih baik diasingkan dan dibuat sesuatu jenis makanan yang lain. Misalnya sosej ayam. Jom buat sosej ayam sendiri.
Bahan-bahan
• 200 gram isi ayam
• 1 biji telur ayam
• Lobak merah
• Daun sup
• Bawang holland sebelah
• 2 ulas bawang putih
• 1 sudu kecil lada hitam
• Garam dan gula
• 2 sudu besar tepung ubi
• 1/4 cawan air
Cara membuat
1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.
2. Masukkan dalam plastik aiskrim atau aluminium foil.
3. Kemudian kukus atau rebus dalam tempoh 15 minit.
4. Keluarkan sosej dari plastik atau aluminium foil dan goreng. Kalau guna aluminium foil elok kukus.
5. Sedia dihidang.
Selamat mencuba !
Resipi oleh Nur Haziqah dari Telegram KakiMakan