Kanak-kanak memang menggemari sosej. Tetapi, adakala kandungannya membuatkan kita ragu-ragu untuk membeli yang ada di pasaran. Jadi, apa kata kita buat sahaja sosej di rumah.
Sebenarnya, tidaklah sesukar mana untuk menghasilkan sosej sendiri. Tambahan lagi, kita boleh menambah bahan-bahan untuk lebih sedap dinikmati.
Terdahulu, ramai yang telah berkongsi resipi ini. Tetapi kali ini, apa kata kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Rosmirah Yussof ini.
1. Campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Ini bahan yang telah siap dikisar. Jika agak pekat, boleh tambahkan sedikit air untuk memudahkan dipaipkan ke dalam plastik.
3. Kaup balikkan supaya sebati.
Ads
4. Masukkan ke dalam plastik.
5. Masukkan separuh, jangan sampai penuh. Bimbang nanti terkeluar di bahagian belakang.
6. Kemudian, gunting pula di bahagian hujung.
7. Picitkan ke dalam plastik aiskrim. Pastikan hujung plastik aiskrim di sebelah belakang dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.
8. Kemudian, baru diikat kembali kedua-dua hujung plastik aiskrim.
9. Bagi yang tak suka gunakan plastik aiskrim, boleh bungkus menggunakan daun pisang ataupun aluminium foil.
Ads
10. Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan dan kiri daun.
11. Ini adunan yang telah siap dibungkus menggunakan plastik aiskrim dan juga daun pisang.
12. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus antara 15 hingga 20 minit.
13. Setelah siap, bolehlah diangkat dan disejukkan.
14. Setelah sosej, bolehlah dibuka pembalut sosej.
15. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng.
Ads
16. Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga dipanggang atau dibakar di dalam oven.
17. Inilah hasil sosej yang telah siap digoreng. Jika ada lebihan, bolehlah disimpan ke dalam bekas dan disejuk bekukan.
Cekodok atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cekodok turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cekodok ikan paling yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CEKODOK IKAN BILIS
Bahan-bahan
• 3 cawan tepung gandum
• 1 labu bawang besar (dadu)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa
• 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Sedapnya Popcorn Caramelperkongsian Chef Garang ni. Bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas dan anda sendiri boleh cuba buatnya di rumah. Jangan risau, alatan memasaknya juga mudah. Cukup sekadar ada periuk dan ketuhar. Dah boleh buat snek ni untuk kudapan suami dan anak-anak. Jom lihat cara-caranya!
Salad Buah merupakan snek paling mudah yang boleh anda sediakan hari ini. Enak dimakan sejuk, ia merupakan campuran buah-buahan yang digaul bersama sos ringkas. Kombinasi campuran buahan-buahan kegemaran menaikkan lari rasa enak hidangan ini. Lemak, manis, masam, semua ada. Sangat menyegarkan. Nak cuba sos Salad Buah ni? Saudari Ani Zam ada kongsikan resipinya. Jom kita mula!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!