Bergelar ibu bekerjaya pada masa kini, menuntut untuk lebih bijak mengatur masa dalam menyediakan menu hidangan untuk keluarga.
Resipi cara buat sosej homemade oleh Bintu Suffyan ini, membantu daapt memudahkan kerja memasak ibu-ibu di rumah.
Hidangan sosej antara yang mudah dan cepat disediakan sebagai sarapan mahupun kudapan snek untuk anak-anak.
SOSEJ HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi kentang – beli online di sini
4-5 ketul dada ayam
2 biji telur
Sayuran (saya letak lobak & brokoli)
1 biji bawang besar – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
Sedikit lada sulah, lada hitam (ikut rasa)
Garam
4 sudu tepung ubi (dibancuh dengan ½ cawan air) – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan kisar halus.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Masukkan bahan bahan tadi ke dalam plastik aiskrim.
3. Plastik aiskrim diikat kiri dan kanan.
4. Kemudian rebuskan sosej
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Biarkan sejuk seketika (suhu bilik)
6. Goreng jika nak makan, selebihnya boleh simpan dalam peti.
Kredit resipi: Bintu Suffyan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: