Buat Sendiri! Spicy Pasta Spiced Meatball, Lagi Pedas Lagi Sedap!

Share

Ingin buat sendiri spagetti meatball lain dari yang biasa, tentunya kamu perlu mencuba resipi ini. Sesuai untuk yang suka pedas tetapi masih boleh dikawal. Bahannya mudah dan senang dimasak. Selamat mencuba!

Resipi Spicy Pasta Spiced Meatball

BAHAN-BAHAN:

  • Daging kisar 400g

Bahan A*

  • Cili hijau 6 biji
  • Bwg putih 3
  • Bawang holland 1 biji
    *blend semua bahan A dan gaul bersama daging kisar tadi.

Bahan B*

  • Telur 1 biji
  • Air perahan lemon 1 sudu besar
  • Lada hitam/lada putih/paprika/garam massala/serbuk kunyit/serbuk jintan manis/serbuk jintan putih/serbuk ketumbar dan garam(semua setengah sudu kecil)
  • Daun ketumbar(cincang halus)
  • Breadcrumbs 3 sudu besar(optional)

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua Bahan A* bersama Bahan B* dan gaul rata dgn tangan(elok pakai disposable glove supaya lemak daging tak lekat di tangan)dan bentukkan seperti bebola.goreng dgn api sederhana sampai masak.

BAHAN SOS SPAGETTI:

  • Bwg Holland 1 biji (potong dadu)
  • Bwg putih 3 (potong dadu)
  • Tomato 2 biji (potong dadu)
  • Air perahan lemon 1 sudu besar
  • Oregano 1 sudu kecil
  • Serbuk cili 1 sudu kecil
  • Serbuk paprika 1 sudu kecil
  • Sos cili 4 sudu besar
  • Sos spaghetti kimball 1 botol
  • Air satu cawan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. *tumis bwg holland/bwg putih bersama oregano sampai kuning.kemudian masukkan tomato sampai agak2 dah lembut.lepas tu bubuh semua bahan selebihnya.
  2. Last sekali masukkan meatball yg sudah digoreng tadi.blh makan bersama pasta

 

Kongsi resepi : shidah daud

Published by
Mastura Abu Kassim