Tiap hari kita suka minum teh tarik atau kopi susu. Kan? Apa kata kita buat sendiri susu pekat manis tu. Senang je sebenarnya nak buat susu pekat manis. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan?
Bahan-bahan
1/3 cawan atau 60 ml air suam
1 cawan atau 100 gram susu tepung
2/3 cawan atau 125 gram gula halus
1/4 cawan marjerin
Cara membuat
1. Dalam blender, masukkan air suam dahulu.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.
3. Kisar halus sehingga berubah jadi berkrim. Sesekali kacau dengan sudu. Jika rasa kepekatan kurang, boleh tambah sedikit susu tepung.
4. Sedia untuk digunakan. Anda juga boleh simpan dalam bekas kedap udara kemudian simpan dalam peti ais.
Ads
Senang je kan? Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: ALeen Aireish
Order aneka BEVERAGES kegemaran hanya menerusi hujung jari. Ada macam-macam. Pilih je DISINI.
Jom cuba aneka RESIPI MINUMAN di bawah ni. Memang mudah, sedap & menyegarkan.
Syoknya dapat minum segelas teh di pagi hari. Nak buat teh yang sedap seperti Teh Pakistan Mashyur ini ada caranya. Hirup ketika air teh masih panas suam memang nikmat rasanya. Bagi cikgu Afy AL Habibi, teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya. Tanpa dicampur gula secara langsung. Kaw rasanya, wangi lemak dan manis-manis buah. Memang terbaik.
Teh Pakistan Mashyur
Ini bahan-bahan:
7 uncang teh wangi ros: koyakkan setiap uncang. ( kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je) Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter) 50 ml susu segar *nak sedap guna susu full cream goodday* 1/5 susu tin (tambah /kurangkan ikut kuantiti air) Untuk melemakkan rasa teh dan memberi kelainan rasa, tambah secubit dua garam
Cara membuat:
1.Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada perbezaan kacau dengan air panas biasa.
2. Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.
3.Kacau sesekali.*boleh adjust rasa susunya*
4.Tutup api selepas teh betul-betul mendidih/ cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.
5.Cikgu suka tapis dengan penapis teh kain.
6.Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih. Ini rahsia teh sedap.
Anda suka minum air rebusan buah kering? Dr. As Zulqa kali ini mendedahkan lima manfaat daripada air rebusan buah kering. Buah tersebut adalah kurma merah, logan dan goji beri. Menurut Dr. As Zulqa, manfaat tersebut adalah seperti berikut.
MANFAAT AIR REBUSAN BUAH KERING
1) BANTU KULIT LEBIH CANTIK
Dr. As Zulqa mengatakan minuman daripada air rebusan kurma merah, logan dan goji beri dapat bantu kulit lebih cantik. Ini kerana minuman ini kaya dengan kesan antioksidan dan vitamin C. Justeru boleh bantu menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit sehingga menyebabkan kulit nampak tua daripada usia sebenar.
2) BANTU STABILKAN EMOSI WANITA
Minuman herba ini kaya dengan mineral. Justeru dapat bantu melancarkan pengaliran darah dan menstabilkan hormon wanita. Menurut Dr. As Zulqa, apabila hormon stabil maka emosi wanita juga akan stabil dan tenang. Bagus juga untuk diminum ketika wanita berpantang selepas bersalin.
“Minuman herba ini sangat sesuai sebagai minuman dalam pantang untuk bantu pulihkan bahagian dalaman wanita. Rugilah siapa tak cuba air rebusan ini yang sedap dan tidak pahit ni,” ujar Dr. As Zulqa.
3) MILK BOOSTER DAN ENERGY BOOSTER
Menurut Dr. As Zulqa, minuman ini juga tinggi kandungan mineral dan vitamin C. Bagus dijadikan sebagai milk booster untuk merangsang penghasilan susu ibu. Ibu-ibu yang menyusukan bayi, mesti sangat faham dengan keadaan untuk memastikan susu sentiasa mencukupi bagi keperluan anak sehingga mencapai usia 2 tahun.
4) BANTU KEKALKAN KESIHATAN BADAN
Air rebusan herba ini juga dikatakan sangat bagus untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Amalkan minum air rebusan ini sebagai ikhtiar untuk melawan penyakit mudah berjangkit misalnya batuk dan selesema.
5) SEBAGAI MINUMAN DETOKS
Dr. As Zulqa turut menyarankan minuman ini bagi yang ingin menjaga berat badan ideal. Ini kerana minuman ini boleh bantu melancarkan sistem pencernaan, jadi amat sesuai dijadikan air detoks.
Jom kita lihat resipi membuat minuman yang banyak manfaatnya ini.
AIR REBUSAN KURMA MERAH, LONGAN DAN GOJI BERI
BAHAN-BAHAN
2 jag air
200 gram longan kering
50 gram kurma merah
Gula batu secukupnya
100 gram goji beri
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan air. Kemudian masukkan longan kering dulu kerana longan kering paling lambat empuk.
2. Selepas longan kering tadi kembang, masukkan kurma merah dan gula batu.
3. Akhir sekali, masukkan goji beri.
4. Selepas semuanya kembang, tutup api.
Begini keadaan apabila semuanya sudah kembang elok.
Selama ni, min ingatkan cincau ni dihasilkan dari agar-agar. Rupanya herba yang mampu menyejukkan badan ni dihasilkan dari pokok cincau. Pokok cincau ni pula, ada dua jenis iaitu pokok cincau hitam dan pokok cincau hijau. Bagi sesiapa yang nak tanam, bolehlah cari di nurseri-nurseri.
Pokok Cincau Hitam
Kredit: Hayasrie Sukri Sukri
Kredit: Wikimedia
Daun Cincau Hijau
Kredit: Lavendarungu Nanie
Kredit: Wikipedia
CARA-CARA HASILKAN CINCAU HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1 liter air mineral
9 helai daun cincau hijau – dibuang tulang tengah daun
CARA MEMASAK:
1. Satukan air dan daun cincau. Kisar hingga halus. Boleh juga diramas hingga hancur.
2. Tapis air kisaran daun cincau dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian untuk dibekukan.
3. Simpan dalam peti sejuk dan nikmati ikut citarasa anda.
Jika tiada pokok cincau, herba ini boleh dibeli di kedai-kedai ubat cina. Hanya menggunakan tiga bahan asas, anda mampu hasilkan sendiri di rumah. Mudah je! Bagi yang ingin cuba buat cincau secara homemade, boleh cuba resipi di bawah ini. Selamat mencuba!
CARA-CARA BUAT CINCAU HITAM HOMEMADE ( GUNA DAUN CINCAU KERING)
BAHAN-BAHAN:
Daun cincau kering ( boleh didapati di kedai-kedai ubat cina. Beli anggaran RM5)
1500ml air
4 sudu makan tepung ubi kayu ( bancuh dengan sedikit air)
CARA MEMASAK:
Rendam daun cincau dengan 1500 ml air dalam periuk selama 30 minit. Daun cincau boleh beli dari kedai ubat cina (rm5) .
2. Rebus daun cincau selama 40 minit lepas tu tapis untuk asingkan daun.
3. Bancuh 4 sudu besar tepung ubi kayu dengan sedikit air biasa dan masukkan dalam periuk. Kacau selama 15 minit. Angkat dan biarkan seketika.
4. Tuang adunan ke dalam bekas. Bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk.