
Di samping ramai peminat kopi, ada juga peminat teh. Lagi-lagi teh 3 layer. Teh 3 layer ni memang ramai peminatnya. Rasanya sedap dan lemak-lemak manis dengan susu serta gula melaka. Nah, kami kongsikan resipinya supaya korang boleh buat sendiri di rumah.
TEH 3 LAYER (resipi untuk 2 gelas)

BAHAN-BAHAN
• 3 ucang teh
• Sedikit air panas
• 3 keping gula melaka
• Ais
• 1/2 tin susu cair
CARA MEMBUAT
1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika. Ketepikan.
2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
TIP
Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat.
Resipi oleh Saliza Sabri dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Cendol Homemade Lagi Puas Makan, Boleh Berkali Tambah

Sedapnya dapat nikmati cendol kala panas terik. Kombinasi cendol, air gula dan santan memang beri kepuasan buat penggemar cendol. Apa kata buat sendiri cendol jadi boleh berkali nak makan. Boleh saja ikut resipi yang dikongsi oleh ummi naim qalaq. Pesannya jangan bagi gelembung lama atas api untuk elak cepat bergentel/ berzig zag bila ditekan dalam air. Acuan boleh guna nozel piping atau piping bag buat kek, buat lubang kecil saja dihujungnya. Jika tidak tahan panas masa menekannya boleh guna tuala dapur dengan membalut bag piping tersebut. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
1 cawan air -penuh
1/2 cawan biasa tepung hong kew( bermacam ejaan , lihat gambar)
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh air kapur dari ujung jari kelingking kapur, bancuh sikit air dan ambil airnya
Sikit pewarna hijau epal
Sikit esen pandan( air daun pandan lagi baik)
Cara membuat:
1.Bancuh adunan tadi.
2.Masak di atas api perlahan.
3.Bila nampak bergentel angkat dan kacau bagi semuanya jadi licin.

4.Bubuh semula atas api dan biar ada gelembung sekejap. Tak boleh lama atas api.
5.Tutup api dan masukkan cepat-cepat ke dalam acuannya, tujuan supaya kekal panasnya.
6.Sediakan air sejuk ais dan paip ke dalam air tersebut.
7.Buat sampai habis.
8.Biarkan dalam 1/2 jam. Baru toskan.

9.Selepas itu tapis. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Ummu Naim Qalaq @ cik noor lawa
Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Paling Sedap
Suka Makan Barli? Tahniah! Anda Memang Bijak Memilih Makanan.

Barli adalah antara bijirin yang bagus serta baik untuk kesihatan dan kebaikannya sudah diketahui dunia sejak berzaman lagi. Malah ia antara amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan seharusnya diikuti serta dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.

Barli juga merupakan bijirin yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, protein, asid amino serta vitamin dan beberapa galian yang lain. Kajian klinikal yang telah dijalankan di Australia, Kanada dan Amerika syarikat melaporkan bahawa serat barli efektif dalam membantu merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli juga amat penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Selain itu, ada banyak lagi khasiat barli ni. Antaranya ialah:
1. Merawat Kencing Kotor.
Jika anda terkena kencing kotor ataupun dengan kata lainnya, jangkitan pada saluran saluran kencing, anda boleh mengamalkan minum air barli. Ini kerana barli bersifat diuretik ( mempercepatkan proses pengeluaran air dari badan). Ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
2. Mengurangkan Berat Badan

Kandungan serat dalam barli membantu anda untuk rasa kenyang secara lebih lama. Oleh yang demikian, ia amat sesuai dinikmati bagi anda yang dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Amalan meminum air barli juga dikatakan mampu memberi manfaat pada kesiahatn. Beta-glucan yang terkandung didalamnya dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida. Oleh itu ia dapat membantu mengelakkan masalah darah tinggi, jantung dan strok.
4. Membantu Legakan Cirit Birit
Barli sangat baik untuk kesihatan usus serta mempercepatkan proses penghadaman. Malah, jika anda mengalami masalah cirit birit, anda boleh mengamalkan pengambilan air barli bagi menstabilkan kembali kandungan bendalir dan elektrolit dalam badan.
5. Mengawal Kencing Manis

Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ia dikatakan boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam barli juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
6. Menyejukkan Tubuh
Barli terkenal dek kerana khasiatnya serta kemampuannya yang mampu menurunkan suhu badan. Oleh itu, jika demam, anda disarankan untuk meminum air rebusan barli. Air barli juga antara minuman terbaik yang boleh menyejukkan badan. Oleh itu jika anda mengalami hari yang memenatkan serta cuaca yang panas, cubalah untuk minum air bali. Pasti anda akan rasa lebih segar.
Selain dijadikan minuman, barli juga boleh dijadikan manisan serta dimasak bersama nasi. Malah, jika anda mahukan hidangan dari barli yang lebih mengenyangkan, boleh cuba resipi Risotto Barli Keju Kacang Pis ini. Selamat mencuba!
RISOTTO BARLI KEJU KACANG PIS

BAHAN-BAHAN:
- 200gm biji barli
- 1 tin kecil kacang pis
- 750ml stok ayam
- 500ml air
- 2 biji bawang putih } cincang
- 1 biji bawang besar sederhana besar } potong dadu
- 3 sudu makan mentega
- 2 sudu makan daun rosemary } cincang halus
- 50gm keju parmesan } parut
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ambil periuk dan panaskan stok ayam atau stok sayur-sayuran bersama air hingga mendidih. Setelah itu, padamkan api dan tutup periuk untuk biar ia kekal panas. Ketepikan.
- Ambil sebuah kuali besar dan panaskan satu sudu makan mentega. Apabila cair, masukkan bawang yang telah dicincang hingga ia lembut dan terbit wangi. Setelah itu masukkan bawang putih dan goreng untuk seminit lagi.
- Tuang barli ke dalam kuali dan masak sekitar 4-6 minit, sebelum masukkan 250ml stok ayam.
- Masukkan daun rosemary yang telah dicincang. Kacau rata.
- Masukkan stok ayam selebihnya sedikit demi sedikit sehingga ia meresap dan barli masak sepenuhnya. Sesekali kacau adunan dengan perlahan-lahan. Proses itu berjalan antara 30-45 minit sehingga barli masak sepenuhnya.
- Setelah itu masukkan kacang pis, sedikit mentega (lebihan tadi) dan keju parmesan sejurus sebelum menutup api. Kacau sebati.
- Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahu rasa lebih enak, boleh ditambah isi udang segar ke dalam risotto.
Resipi Air Asam Kunyit. Banyak Khasiat & Senang Buat

Air Asam Kunyit ini sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan. Jika anda sentiasa rasa kurang bertenaga, lesu, lemau dan kerap mengantuk, bolehlah cuba amalkan minuman ini. Saudari Ct Mazni ada kongsikan resipi yang menggunakan bahan ‘basic’ sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba. Mlah jika anda berminat untuk berbiaga, diserta jug anggaran kos yang boleh dijadikan sebagai panduan. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT AIR ASAM KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg kunyit hidup – sagat/kisar
Segenggam temu kunci – ketuk
1/2 genggam asam jawa
1 biji gula melaka
4.5 liter air
1/3 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kunyit kemudian sagat atau kisar kunyit tadi.
2.Ketuk temu kunci biar sedikit hancur.
3. Masak air dan masukkan semua bahan. Biarkan mendidih.

4. Bila Air Asam Kunyit sudah pekat, boleh tutup api.
5. Tapis dan bolehlah simpan Air Asam Kunyit dalam bekas yang bersesuaian.

CARA MINUM:
Untuk menikmatinya, panaskan dan boleh diminum ketika hangat.
Ia sesuai untuk lelaki, wanita, ibu pantang bersalin, perempuan yang sedang haid dan keguguran.
KHASIAT:
1. Menghilangkan sakit-sakit badan
2. Melancarkan peredaran darah
3. Mengurangkan lemak dalam badan
4. Memberi tenaga
5. Membuang angin dalam badan
6. Melancarkan darah haid & nifas
7. Merawat masalah senggugut
8. Menghilangkan bau-bau badan
9. Memberi kecergasan tubuh
10. Melawaskan pembuangan
Untuk yang nak berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.
ANGGARAN KOS (MUNGKIN BERBEZA MENGIKUT HARGA PASARAN SEMASA):
Kunyit hidup (RM6/kg)
Temu kunci (RM10/kg)
Asam jawa (RM3.5/500g)
Gula Melaka (1biji/RM0.70)
Kredit resipi & foto: Ct Mazni
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


