Telur Sarang ni nampak macam susah tapi sebenarnya mudah je nak buat. Maklumlah kalau beli sepinggan Laksa Telur Sarang ni memang tak cukup. Masak sendiri laksa di rumah barulah puas hati. Nak lagi special, memang kena tambah telur ni. Kalau memang bercadang nak buat Laksa Telur Sarang, elok sangatlah puan-puan cuba resipi perkongsian saudari Puspa Hanim ni. Ada teknik supaya telur yang anda buat tu jadi sempurna dan tidak nampak macam telur dadar biasa. Ha…Nak tahu rahsianya? Jom tengok! Bolehlah cuba nanti ya.

RESIPI TELUR SARANG

Buat Sendiri Telur Sarang Super Crispy Dijamin Menjadi. Begini Caranya

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 sudu makan air
1 sudu makan (penuh) tepung berasbeli online disini
Garam secukup rasa

Ads

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan pukul. Kemudian tapis.
2. Masukkan ke dalam acuan roti jala 3 muncung.

Buat Sendiri Telur Sarang Super Crispy Dijamin Menjadi. Begini Caranya
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali hingga betul-betul panas. Kemudian tuang adunan telur tadi secara rata.
4. Bila telur kelihatan garing, angkat dan sedia untuk dihidang bersama laksa.

Buat Sendiri Telur Sarang Super Crispy Dijamin Menjadi. Begini Caranya

Kredit resipi & foto: Puspa Hanim

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ikan Pari Bakar Bungkus Daun Pisang Sedap Macam Restoran

Ads

Kena Cuba, Resipi Cendawan Tiram Goreng Cili Padi Sedap Mengaum

Pizza Hawaian Chicken Homemade Paling Sedap. Buat Sendiri Guna Bahan Mudah

Buat Sendiri Colek Buah & Serbuk Colek Macam Dekat Thailand. Mudah Je!

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI