Makan

Buat Sendiri Tomyam Ringkas Tanpa Perencah Segera. Tiada Bahan Pengawet, Lagi Sedap!

Share

Menu tomyam dah jadi lauk kebiasaan kita di rumah, memang ramai yang akan buat sendiri. Keebiasaannya kita akan guna perencah segera saja, lebih mudah.

Tapi bagi yang mahu rasa tomyam yang lebih asli tanpa menggunakan perencah segera boleh ikut cara yang dikongsi oleh NurulAin Alaui. Menu ini katanya dibuat hampir setiap minggu kerana anak-anak amat menyukainya.

Bahan :
1 biji bawang besar (potong 4) *
2 ulas bawang putih  (diketuk  *
Serai (ketuk) *
Daun limau purut *
Tomato (potong dadu) *
Cili api (ketuk) *


Limau nipis
Ayam (potong kecil)
Sayur (lobak merah, bunga kobis, kubis, cendawan)
Cara membuat:

1.Panaskan minyak
2.Tumiskan bahan yang bertanda hingga layu
3.Kemudian masukkan air
4.Bila dah menggelegak, masukkan ayam. Renehkan biar ayam hingga masak
5.Kemudian masukkan aayur.
6.Jangan lupa perah limau nipis, masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.  
7.Kalau suka daun ketumbar boleh tabur atas.
8.Hidangkan dengan telur dadar, sambal belacan dan timun. 

Sumber: NurulAin Alaui

 

Published by
Rose