Jika jemu atau ingin makan sarapan secara sihat, boleh cuba resipi soft flour tortillas ini.
Resipi yang dikongsi Ummu Ashraf ini, boleh diguna untuk membuat fajitas, wrap dan sebagainya. Kalau tak ada tortilla press tu, canai pakai rolling pin pun boleh.
Resepi ini, boleh dapat 16 keping tortilla lembut berdiameter dalam 7 inci.
SOFT FLOUR TORTILLAS
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung biasa – beli online di sini 1 sudu kecil garam – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder ½ cawan minyak sayur (saya guna minyak canola) 1 cawan air suam (masukkan 3/4 cawan, uli, tambah sikit-sikit air hingga dapat adunan lembut)
3. Begini rupa adunan yang dah diuli (rujuk gambar). Saya menguli dalam 3-4 minit, pakai tangan saja. Saya tak ada breadmaker pun.
4. Lepas uli, terus buat macam “log” dan potong 16 keping doh. Bulat-bulatkan, kemudian leperkan sikit guna tangan.
5. Begini rupa doh yang dah dileperkan dengan tangan dan ditabur sedikit tepung agar tak melekat. Rehatkan 30 minit hingga sejam.
6. Ini cara saya leperkan doh tadi untuk dimasak. Senang bila guna tortilla press ni (boleh rujuk video DI SINI). 7. Saya alaskan dengan plastik ziplock yang digunting, supaya doh tak melekat pada alat. Tapi kalau nak canai pakai rolling pin pun boleh. 8. Masak atas frying pan tanpa minyak. Guna api tinggi juga. Seminit sebelah, terbalikkan, 45 saat untuk belah kedua.
9. Bila dah masak, letakkan tortilla ni bertindih antara satu sama lain, tutup dengan kain. Wap panas tortilla masak tu akan memastikan tortilla kita lembut.
Ads
NOTA:
*Tortilla tak habis, saya masuk plastik ziplock dan masuk freezer. Bila nak guna saya keluarkan dan microwave 10 saat. Dia lembut balik. *Dah dalam freezer boleh berbulan juga tahannya, tapi kalau saya tak pernah sampai berbulan. Sebabnya saya suka makan wrap, atau guna tortilla ni untuk jadi base pizza “thin and crispy”.
Sedapnya Sambal Hitam Tomato ni. Bagi anda yang suka menu ni tapi susah nak jumpa belimbing buluh, boleh cuba resipi ni. Boleh gantikan dengan tomato. Olahan yang menjadikan hidangan sambal lebih sedap dan kreatif. Ada sambal ni, makan dengan nasi putih je pun dah cukup berselera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nanaa Malynaa. Pasti puas hati.
CARA MASAK SAMBAL HITAM SEDAP GUNA BUAH TOMATO
BAHAN-BAHAN SAMBAL HITAM TOMATO:
13-14 biji tomato – guna buah yang masak dan warna merah
1 genggam cili padi @ lada burung – lebihkan jika suka pedas
8 biji bawang merah kecil
1 biji bawang besar holland saiz sedang – beli online disini
1 genggam lebih ikan bilis – beli online disini
CARA MEMASAK SAMBAL HITAM TOMATO:
1. Potong-potong tomato. Masuk kuali, goreng tanpa minyak. Hancurkan tomato tu sampai jadi macam gambar di bawah.
2. Sambil tunggu tomato hancur, masukkan bawang merah kecik, bawang besar holland dan cili ke dalam blender. Masukkan minyak masak agak-agar dan kisar kasar. Tidak perlu tambah air. Guna minyak sahaja. Lepas tu boleh masukkan ikan bilis. Kisar kasar juga.
3. Bila tomato dalam kuali kelihatan agak hancur dan kering sedikit, masukkan bahan kisar tadi. Masak guna api sedang-sedang sahaja.
4. Bila dah jadi kering sikit macam tu, boleh tambah kicap manis sikit, kicap pekat sikit, garam dan gula. Kalau suka pak aji boleh masukkan juga ikut citarasa. Kicap bertujuan untuk memberikan warna hitam. Ikan bilis dalam bahan kisar sudah punya rasa masin, jadi berhati-hati dengan jumlahnya. Gula juga jangan guna banyak. Jika sambal manis, tidak sedap.
5. Teruskan mengacau sambal hingga kering. Bila kelihatan pecah minyak dan ikan bilsi kelihatan garing, padamkan api. Jika suka sambal yang betul-betul kering, boleh teruskan masak hingga dapat tekstur yang anda suka.
6. Bila sambal sudah siap, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas. Jika nak sambal yang tahan lebih lama hingga berbulan-bulan, boleh simpan dalam peti sejuk.
Ikan siakap adalah antara ikan yang sedap rasanya. Selain masak stim dan tiga rasa, ikan siakap juga sedap kalau dimasak pedas. Ringkas saja nak buat siakap masak pedas. Tapi jangan lupa letak daun limau purut untuk bangkitkan cita rasanya. Jadi, apa kata kali ni kita cuba buat siakap masak pedas. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan tiga rasa. Nak tahu macam mana rasanya, kenalah korang cuba buat.
SIAKAP MASAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
• Ikan Siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing).
• Minyak masak
BAHAN RACIK
• 1 biji tomato
• 2 batang serai
• 1 biji bawang holland / bawang besar.
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 7 biji cili api (bergantung pada tahap kepedasan diingini)
BAHAN SOS
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos ikan
• 1/2 sudu besar kicap cair
• 1/2 sudu besar kicap pekat
• Sedikit cuka
• 2 helai daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Tumis Bahan Racik kemudian masukkan Bahan Sos.
2. Letakkan sedikit air kalau nak berkuah. Tunggu kuah pekat sikit, baru rasa.
3. Kalau kurang masin atau kurang manis boleh letak gula dan garam.
4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yg telah digoreng.
Bebola ikan atau fishball pastinya menjadi kegemaran ramai. Teksturnya yang kenyal serta kaya dengan rasa ikan, menjadikan ia enak dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Ada yang suka buat fishball celup tepung, fishball goreng, dihidangkan dengan sup, ditambah dalam masakan dan banyak lagi. Banyak produk ini dijual di pasaraya namun tahap kebersihan serta cara pemprosesannya diragui. Nah, kali ini anda boleh hasilkan sendiri ‘homemade fishball’ untuk kegunaan keluarga. Lebih jimat, diyakini halal serta bersih bahkan memang puas makan. Jom cuba!
RESIPI BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) segar
2 sudu teh tepung jagung
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
CARA MEMASAK:
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik.Ambil hanya isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan hingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cucur pisang.
4. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. Baling @ hempas adunan ikan tadi ke dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin. Semakin lama adunan dihempas, semakin kenyal tekstur fishball anda.
5. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
6. Ambil fishball menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
7. Didihkan air dan masak fishball anda sehingga terapung. Kemudian bolehlah di toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong tau fu atau dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Ia juga boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.