Buat Sendiri Tortilla Homemade, Guna 4 Bahan Je

Share

Jika jemu atau ingin makan sarapan secara sihat, boleh cuba resipi soft flour tortillas ini.

Resipi yang dikongsi Ummu Ashraf ini, boleh diguna untuk membuat fajitas, wrap dan sebagainya. Kalau tak ada tortilla press tu, canai pakai rolling pin pun boleh.

Resepi ini, boleh dapat 16 keping tortilla lembut berdiameter dalam 7 inci.

 

SOFT FLOUR TORTILLAS

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung biasa – beli online di sini
1 sudu kecil garam – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
½ cawan minyak sayur (saya guna minyak canola)


1 cawan air suam (masukkan 3/4 cawan, uli, tambah sikit-sikit air hingga dapat adunan lembut)

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Sebelah campurkan tepung, garam dan baking powder, buat lubang di tengah tepung, masukkan minyak dan air suam.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


2. Uli hingga dapat adunan lembut dan tak melekat di jari.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Begini rupa adunan yang dah diuli (rujuk gambar). Saya menguli dalam 3-4 minit, pakai tangan saja. Saya tak ada breadmaker pun.


4. Lepas uli, terus buat macam “log” dan potong 16 keping doh. Bulat-bulatkan, kemudian leperkan sikit guna tangan.


5. Begini rupa doh yang dah dileperkan dengan tangan dan ditabur sedikit tepung agar tak melekat. Rehatkan 30 minit hingga sejam.


6. Ini cara saya leperkan doh tadi untuk dimasak. Senang bila guna tortilla press ni (boleh rujuk video DI SINI).
7. Saya alaskan dengan plastik ziplock yang digunting, supaya doh tak melekat pada alat. Tapi kalau nak canai pakai rolling pin pun boleh.


8. Masak atas frying pan tanpa minyak. Guna api tinggi juga. Seminit sebelah, terbalikkan, 45 saat untuk belah kedua.


9. Bila dah masak, letakkan tortilla ni bertindih antara satu sama lain, tutup dengan kain. Wap panas tortilla masak tu akan memastikan tortilla kita lembut.

NOTA:

*Tortilla tak habis, saya masuk plastik ziplock dan masuk freezer. Bila nak guna saya keluarkan dan microwave 10 saat. Dia lembut balik.
*Dah dalam freezer boleh berbulan juga tahannya, tapi kalau saya tak pernah sampai berbulan. Sebabnya saya suka makan wrap, atau guna tortilla ni untuk jadi base pizza “thin and crispy”.

Kredit resipi: Ummu Ashraf

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff