Buat Sendiri Udang Kering Homemade Hanya Guna 3 Bahan

Share

Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.

Jika ditanya, mana lebih berbaloi antara buat sendiri dengan yang dibeli, buat sendiri ni memberi banyak manfaat. Walaupun sekilo udang bila dikeringkan hanya akan tinggal berat dalam 200gm, tapi jika dibeli, 200gm pun harganya sudah RM20. Udang basah ini sekilo harganya baru RM8. Jimat banyak!

Malah ada satu lagi yang membuatkan ia berbaloi untuk dibuat adalah dari segi pemprosesannya. Bila buat sendiri, peralatan dan tempat jemuran tentunya diyakini bersih. Tiada haiwan berkeliran serta pastinya dijaga dengan rapi dari hurungan lalat serta serangga. Barulah tidak rasa was-was untuk menikmatinya.

Menerusi perkongsian di fb oleh saudari Faizah Husain, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Kalau susah nak jemur panas, keringkan guna ketuhar je. Memang senang. Boleh sangat kalau nak cuba.

CARA MEMBUAT UDANG KERING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:

1.Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood/makanan laut.

2. Udang yang sudah siap dibasuh.

3. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.

4. Masukkan sesudu garam kasar. Garam ini bertujuan supaya udang tidak busuk.

5. Rebus hingga air udang kering. Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.

6. Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung, keringkan udang dalam oven. Untuk suhu dan masanya, boleh cuba guna suhu 150C selama 20 minit.

7. Bila udang sudah kering dengan sempurna, masukkan dalam plastik. Lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di meja. Keluarkan isi udang dari dalam plastik.

8. Inilah hasil udang kering buat sendiri. Udang ini sudah bersih jadi boleh terus dimakan atau dimasukkan dalam masakan.

Kredit resipi & foto: Faizah Husain

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur