Buat Sendiri Ulunthu Vadei, Guna Tip Ini Supaya Bentuknya Bulat Macam Donut

Share

Tinggal dalam masyarakat berbilang kaum, lidah kita memang sudah terbiasa dengan makanan pelbagai bangsa. Makanan India salah satu daripadanya.

Selain kari, hidangan snek seperti ulunthu vadei untuk juga ramai peminatnya. Juga dikenali sebagai vadei donut, ulunthu vadei ini merupakan snek dari Selatan India dibuat dari urad dhal iaitu kacang dal putih. Snek ini rasanya cukup sedap berlemak, lembut gebu di dalam namun garing di luar.

Nak buat sendiri vadei ini di rumah pun boleh, cuma ikut perkongsian Umi Mimi Yusry ini. Tapi ada tip yang perlu dipraktikkan supaya menjadi bentuknya menjadi seperti donut. Ini kerana adunan ‘Ulunthu Vaday’ agak lembik untuk dibentuk dengan tangan.

Buat sendiri ‘Ulunthu Vaday’ yang lembut gebu di dalam, garing di luar

Bahan-bahan:

Setengah pek kacang Ulthu (direndam 1-2 jam) toskan (saya beli pek yang RM4.00)
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 tangkai daun kari
3 tangkai daun ketumbar dihiris sedang halus
3-4 tangkai cili padi hiris halus
1 sudu lada hitam bulat,tak perlu dipecahkan
2 sudu tepung beras
Garam secukup rasa

Cara membuat:
  1. Kisar halus kacang Ulthu yang telah direndam tadi. Letak 4-5 sudu besar air sahaja, tak boleh lebih nanti lembik.

2. Satukan semua bahan-bahan dan kacau dalam 5 minit.

3. Kemudian masukkan pula dalam ‘piping beg’ untuk membentuk donut.

4. Mula-mula, celup penapis besi dengan minyak biasa. Jangan minyak panas, kalau tak nanti tepung melekat. Kemudian, barulah buat bentuk gegelang atau donut pada penapis tersebut.

5. Setelah itu, masukkan ke dalam kuali dengan minyak panas dan goreng seperti biasa sehingga kekuningan.

6. Inilah hasilnya, boleh dapat dalam 35-40 biji ulunthu vadei

Sumber: Umi Mimi Yusry

 

Published by
Rose