Buat Sendiri Wantan Cendawan Enoki Crispy Untuk Minum Petang

Share

Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung perkongsian saudari Aishah Masri ni sangat mudah disediakan. Bahan-bahannya sangat mudah dan ringkas malah cara penyediaannya juga sangat senang. Rasa? Tersangatlah sedap. Anak-anak pasti suka. Sesuai dijadikan sajian minum petang mahupun sarapan. Jom buat!

RESIPI WANTAN CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1.Buang akar cendawan, basuh dan leraikan. Kemudian toskan sehingga kering air.

2. Balut cendawan dengan kulit wantan seperti dalam gambar. Untuk lekatkan kulit wantan tu hanya guna air sahaja.

3. Kemudian salut cendawan dengan tepung goreng serbaguna. Tak perlu menggunakan telur.

4. Bila minyak sudah panas, boleh goreng cendawan tadi sehingga masak kekuningan.

5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati bersama sos thai.

Kredit resipi & foto: Aishah Masri

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur