
Kalau yang rajin berniaga, boleh buat sambal ni sebagai ibu duit, buat dan jual. Resipi yang dikongsi oleh Chef Sue ini salah satu ‘must have’ sambal dalam fridge di rumahnya. Biasanya dia buat banyak dan frozenkan sebahagiannya. Sambal ni versatile, boleh dimakan terus, boleh juga dibuat pes untuk menumis apa-apa atau sebagai tambahan kepada sayur yang dicelur.
SAMBAL UDANG KERING
Bahan-bahan:
20 tangkai cili kering – rebus & toskan-BELI ONLINE DI SINI
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
200grams udang kering – rendam sekejap-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh serbuk ikan bilis
1 inci belacan
2 sudu makan air asam jawa-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan gula perang
Garam secukup rasa
Cara memasak:
- Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Udang kering dikisar sederhana lumat (tak terlalu lumat).
- Panaskan empat sudu makan minyak dalam kuali. Goreng udang kering hingga wangi dan agak perang. Angkat.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar serta belacan dan serbuk ikan bilis, tumis hingga semua bahan masak. Kalau perlu tambah sedikit lagi minyak.
- Masukkan udang kering goreng, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Biarkan masak sebati dalam 2-3 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam botol.
Kredit: Sue M Arukin
Lazatnya 5 Roti Dan Pastri Berempah Ni, Jom Cuba Masa Cuti Deepavali …
Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Sedap & Mudah Untuk Deepavali.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Sotong Goreng Tepung Yang Rangup & Elok Kejadiannya

Sotong goreng tepung merupakan antara menu yang mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran ramai. Tetapi, adakalanya sotong akan meletup ketika dimasak. Salah satu tip untuk elak sotong tidak meletup, tidak makan minyak dan rangup adalah menggunakan tepung ubi, tepung jagung dan tepung bestari. Nak tahu resipi lengkap? Ayuh baca perkongsian oleh Rafidah Arshad menggunakan resipi asal oleh Nurul Faidha.
RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung ubi
- 1 cawan tepung jagung
- 2 sudu tepung bestari
- 1 biji telur
- Sotong
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan tepung-tepung ke dalam bekas dan kacau sebati.
2. Potong sotong mengikut saiz yang anda mahukan.
3. Pecahkan telur dan masukkan sotong ke dalam telur tersebut.
4. Kemudian, angkat sotong dan golekkan ke dalam tepung. Pastikan semua bahagian disaluti tepung.
5. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Api jangan terlalu kuat.
6. Masukkan sotong yang sudah disaluti tepung dan biarkan sehingga kekuningan.
7. Angkat & siap! Sudah boleh dimakan.
NOTA:
– Saya tambah 1 sudu kecil garam dan lada hitam. Tepung bestari pula saya letak dalam 2 sudu makan penuh.
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: RAFIDAH ARSHAD
Artikel berkaitan yang boleh dibaca:
Sotong Goreng Kunyit Berkuah, Sedap Dimakan Dengan Nasi Panas
Resipi yang boleh anda cuba di rumah:
10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

Korang minat cookies? Berikut adalah 10 resipi cookies yang menarik & sedap! Boleh lah hidang untuk tetamu yang hadir.. Selamat mencuba!
BISCOTTI
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji putih telur
- 100gm gula kastor
- 150gm Tepung blue key
- 150gm badam biji
- 1 sudu teh vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul putih telur sehingga separuh keras dan masukkan gula kastor.
- Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan keras.
- Masukkan tepung dan gaul rata.
- Masukkan pula badam biji dan gaul sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan 9 x 9 x 4 dan bakar selama 30 minit.
- Setelah sejuk masukkan ke dalam peti ais selama 1 malam.
- Kemudian potong nipis-nipis dan bakar lagi selama 15 minit.
Info chef: Boleh juga tabur cili hijau sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rangup digigit
Cara memasak : Bakar
BROWN BUTTER SNICKERDOODLES
BAHAN-BAHAN (AYAK SEMUA):
- 2 ½ cawan tepung gandum
- 1sudu teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh serbuk kayu manis
- 2 sudu teh cream of tartar
- ¼ sudu teh garam
BAHAN MEMBUAT BROWN BUTTER (masak dlm periuk atas api sehingga warna bertukar coklat)
- 1 ¼ cawan gula perang
- ½ cawan gula kastor
- 1 biji telur
- 1 biji telur kuning
- 1 sudu makan yogurt
- Sedikit esen vanila
LAIN-LAIN:
- *½ cawan gula kastor + ½ sudu teh serbuk kayu manis (untuk salut biskut)
CARA MEMASAK:
- Pukul brown butter, gula perang dan gula kastor.
- Masukkan telur. Pukul, yogurt dan esen vanila, pukul lagi.
- Campurkan bahan yang diayak ke dalam adunan. Pukul sekata.
- Sejukkan doh selama 3 jam.
- selepas direhatkan, bulat-bulatkan doh. Tekan-tekan doh supaya menjadi leper sedikit dan golek dengan bahan (*).
- Bakar selama 8 – 11 minit pada suhu 175C.
- Angkat dan sejukkan sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Boleh tabur sedikit serbuk kayu manis ketika menghidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 4 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa kulit kayu manis yang sedap
Cara memasak : Didih dan bakar
BUTTER COOKIES WITH BLACK SESAME
BAHAN-BAHAN:
- 80gm mentega
- 30gm gula ising | ayak
- 1 biji telur kuning
- Secubit garam
- 25ml krim putar
- 1 sudu teh esen vanila
- 100gm tepung naik sendiri
- 1 ½ sudu makan black sesame | dibakar sedikit
CARA MEMASAK:
- Pukul gula ising garam dan mentega sehingga gebu dan kembang.
- Tambah telur kuning, esen vanila dan krim putar. Pukul sehingga semua sebati.
- Gaul tepung yang diayak dan black sesame menggunakan spatula sehingga semua sebati.
- Masukkan ke dalam piping bag dan paip bentuk bunga. Bakar selama 15 – 20 min pada suhu 165C.
- Keluarkan, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Enak diminum bersama teh O panas.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa lemak mentega
Cara memasak : Bakar
FLORENTINE
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket tepung Bienetta
- 500gm hirisan badam
- 500gm biji kuaci
- 500gm biji melon
- 500gm biji labu
- 100gm bijan hitam
- 100gm bijan
- Parchment paper | untuk alas membakar
CARA MEMASAK:
- Tabur semua kacang di dalam dulang yang dialas dengan parchment paper.
- Tabur tepung biennetta menutupi kacang-kacang tadi.
- Bakar selama 15 minit sehingga bahagian atas bertukar coklat keemasan.
- Terus potong selepas dikeluarkan dari oven.
- Sedia dinikmati.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa aneka bijirin yang lemak dan sedap
Cara memasak : Bakar
GOOEY SALTED CARAMEL VANILLA BUTTER COOKIES – DOUBLE SPRED DENGAN BLACK BEAUTY
BAHAN-BAHAN:
- 150gm mentega
- ½ cawan gula
- 2 telur kuning
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 ½ cawan tepung gandum
BAHAN SALTED CARAMEL:
- 1/3 cawan gula perang
- 55gm mentega
- 2 sudu makan krim putar
- Sedikit Fleur De Sel (Kosher Salt)
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula, telur kuning dan esen vanila sehingga gebu dan kembang.
- Masukkan tepung. Bulatkan doh sebesar 1.5inci tiap satu.
- Tekan di bahagian tengah adunan, untuk dipaipkan sos karamel. Sejukkan semalaman.
- Keluarkan adunan dan terus bakar selama 8 hingga 10 minit. Tekan semula bahagian tengah.
- Setelah masak, keluarkan dan sejukkan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos karamel; cairkan mentega dan gula perang sehingga semua sebati, kacau hingga berbuih. Angkat dari api.
- . Masukkan krim putar dan kacau lagi sehingga semua sebati. Biarkan sejuk sebentar dalam 10 minit.
- Masukkan adunan sos karamel ke dalam piping bag dan paipkan sos karamel ke dalam biskut. Akhit sekali, tabur Fleur De Sel.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Fleur De Sel adalah garam laut yang dikikis pada bahagian paling lapisan atas lautan garam.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa lemak, manis dan sedikit masin
Cara memasak : Tumis dan reneh
MATCHA COOKIES – DOUBLE SPREAD DGN STRAWBERY JEM SHORTBREAD
BAHAN-BAHAN:
- 113gm mentega
- ¼ cawan + 2susu makan gula kastor
- ¼ cawan + 2 sudu makan gula perang
- Sedikit esen vanila
- 1 biji telur
- 1 cawan + 1 sudu makan tepung gandum
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh garam
- 2 sudu makan matcha powder
- 1 cawan semi –sweet chocolate chips
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula kastor dan gula perang.
- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sekata. Ketepikan.
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan serbuk matcha.
- Campur bahan ayak ke dalam adunan bahan tadi dan juga chocolate chips.
- Rehatkan adunan semalaman.
- Bulat-bulatkan adunan, tekan-tekan doh supaya menjadi leper sedikit dan bakar pada suhu 170C selama 10-13 minit sehingga masak sepenuhnya.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Pastikan simpan di dalam bekas kedap udara supaya biskut tidak lemau.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa unik kerana kandungan teh hijau di dalamnya
Cara memasak : Bakar
NUTELLA OATMEAL BARS
BAHAN-BAHAN:
- 141gm mentega | cairkan
- 130gm gula perang
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan rolled oats
- ¾ sudu teh serbuk penaik
- 1/8 sudu teh garam
- 150gm nutella
- 75gm semi sweet chocolate chip
- Sedikit esen vanila
CARA MEMASAK:
- Lapiskan loyang empat segi bersaiz 8 x 8 inci dengan parchment paper dan sembur baking spray. Ketepikan.
- Campurkan mentega yang dicairkan, gula perang dan esen vanila. Gaul sehingga semua bersatu. Ketepikan.
- Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, rolled oats, serbuk penaik dan garam. Dengan menggunakan teknik ‘rubbing’, satukan dengan adunan bercampur mentega tadi sehingga menjadi crumble.
- Ambil separuh dan tabur ke dalam loyang. Tekan-tekan dan bakar selama 10 minit.
- Keluarkan dari oven dan sapukan bahagian atas dengan Nutella dan ratakan dengan spatula. Tabur chocolate chip.
- Kemudian masukkan lebihan adunan tadi menutupi lapisan nutella dan chocolate chip. Tekan-tekan sedikit dan bakar semula selama 12-15 minit pada suhu 160C.
- Biarkan sejuk, barulah dipotong.
Info chef: Rolled oats terbentuk apabila bijirin oat dikukus dan kemudian dijadikan emping oat. Boleh dibeli di kedai.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa coklat yang sedap
Cara memasak : Bakar
PALMIER
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket puff pastry
- Gula kastor secukupnya
CARA MEMASAK:
- Keluarkan 1 set helaian puff pastry dan tabur gula kastor di atas permukaan puff pastry.
- Dengan menggunakan rolling pin, gelek di atas permukaan puff. Proses ni akan membolehkan gula masuk ke dalam kulit puff. Ulang sehingga empat kali.
- Kemudian, bentangkan puff pastri di atas meja. Lipat bahagian kiri dan kanan ke dalam. Seterusnya lipat lagi ke dalam sehingga membentuk seperti gulungan.
- Sejukkan selama 1 jam. Setelah sejuk, potong dan susun di dalam dulang pembakar yang telah dilapik dengan parchment paper.
- Bakar selama 20 minit atau sehingga bertukar warna coklat keemasan.
- Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Sangat mudah dibuat
Cara memasak : Bakar
RED VELVET CRINCLE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 115gm mentega
- 200gm muscovado sugar (gula perang)
- 2 biji telur
- 2 sudu teh pewarna merah
BAHAN AYAK:
- 280gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh soda bikarbonat
- 40gm serbuk koko
- 25g gula ising | untuk digolek dengan bebola doh
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dan muscovado sugar sehingga kembang.
- Masukkan telur. Pukul lagi. Campur pewarna merah.
- Masukkan bahan ayak. Campur semua sehingga menjadi doh.
- Bulat-bulatkan doh dan golekkan dengan gula ising.
- Susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh menjadi leper sedikit.
- Bakar selama 12-15 minit pada suhu 165C.
- Keluarkan dan sejukkan. Sedia dinikmati.
Info chef: Muscovado berwarna perang gelap dan sedikit kasar serta melekit daripada kebanyakan gula perang dan diperbuat daripada air tebu.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas
Cara memasak : Tumis dan reneh
Anggaran kos : RM15-RM20
WHITE CHOCOLATE PEANUT BUTTER BARS
BAHAN-BAHAN:
- 226gm mentega | cairkan
- 1 cawan mentega kacang
- 1 cawan biskut cream crackers
- 450gm gula ising
- 340gm coklat putih
CARA MEMASAK:
- Di dalam mesin pemproses makanan, kisar biskut cream crackers, gula dan mentega kacang.
- Kemudian gaul bersama mentega yang dicairkan.
- Masukkan ke dalam loyang 8 x 8 inci. Tekan-tekan sedikit.
- Cairkan coklat putih dan tuang ke atas aduan tadi. Sejukkan sebelum potong.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis
Cara memasak : Reneh
Ini 6 Jenis Sos Pasta Homemade Sehebat Hotel Lima Bintang.

Sekarang pasta bukan lagi makanan yang pelik di kalangan masyarakat Malaysia, Malah hidangan pasta juga sudah menjadi menu utama dalam kebanyakan jamuan atau majlis kenduri kecil. Istimewanya masakan ini adalah ringkas, mudah dan cepat disediakan. Jika anda igin mencuba, berikut cara membuat enam jenis sos yang popular past di kalangan rakyat Malaysia dihidangkan untuk Masakan Itali yang mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia ini mempunyai beberapa sos. Berikut enam sos menjadi pilihan rakyat Malaysia.
CARBONARA:
Antara sos putih yang digemari ramai, dibuat dari bahan-bahan seperti kuning telur, keju paramesan, bawang putih, lada sulah dan beef bacon. Untuk rasa lebih berkrim anda boleh tambah dengan heavy cream. Cara menyediakan sos sangat mudah. Anda hanya perlu tumiskan bahan dengan minyak zaitun.Untuk lebih perisa dan menambah warna kepada sos anda boleh tambahkan sosej, smoked beef untuk rasa yang lebih sedap dan hidangan nampak lebih menyelerakan.
PESTO:
Sos pesto adalah sos berwarna hijau, hasil dari gabungan daun basil, bawang putih, kacang pinus dan keju parmesan. Semua bahan ini dikisar halus, kecuali keju. Bahan kisar ini kemudian ditumis dengan minyak zaitun dan ditambah dengan keju parmesan dan dimasak hingga wangi. Sos ini lebih sihat dan sedap.
BALOGNES
Sos merah pasta berwarna merah ini dihasilkan dari gabungan daging cincang, bawang putih dan lobak merah. Kemudian ditumis dengan mentega dan ditambah dengan sedikit air stok daging. Setelah masak, tambahkan krim masak dan keju parmesan supaya sos lebih pekat. Namun sekarang sos ini telah diolah dengan tambahan susu cair dan tomato. Ia menjadikan rasa yang lebih lemak berkrim
AGLIO OLIO
Sos Aglio Olio adalah sos yang sangat ringkas dan mudah disediakan bila digabungkan dengan spageti. Untuk menyediakannya anda hanya perlu panaskan sedikit minyak zaitun, kemudian tumis bawang putih yang telah dicincang, kacau rata dan masukkan spageti. Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan serbuk lada hitam atau chili flakes. Bagi lebih perisa boleh tambah hirisan sotong atau udang untuk perisam, namun terpulang pada cita rasa. Untuk rasa lebih lemak boleh taburkan dengan parutan keju semasa dihidangkan. Perlu diingatkan sos ini kering sifatnya dan rasa sedikit pedas hangat sedap.
ALFREDO
Sos Alfredo adalah sos paling sesuai dengan pasta fettucini. Sos ini hanya menggunakan bahan asas mentega dan heavy cream, kedua bahan ini dimasak hingga menjadi sos pekat yang lembut. Untuk rasa lebih sedap boleh tambahkan dengan bawang putih dan keju parmesan. Sebenarnya sos ini hampir sama dengan sos carbonara, tetapi warna sos Alfredo lebih putih dan rasanya lebih ringan dan berkrim.
MARINARA
Sos marinara adalah sos tomato khas, rasanya masam-masam manis dengan sedikit rasa hangat dari herba basil, pudina atau peterseli. Cara menyediakan sos ini sangat mudah, ia ditumis menggunakan minyak zaitun bersama bawang putih, dedaun herba seperti basil dan pudina atau peterseli, kemudian dicampur dengan tomato, ia dimasak sehingga tomato hancur sempurna dan pekat kuahnya. Ia sesuai untuk pasta ravioli. Tetapi sekarang untuk lebih perisa ada yang tambahan dengan seafood.
Kesemua pasta ini mudah disediakan, anda boleh cuba salah satu sos kegemaran keluarga untuk dipandankan dengan pasta.