Sardin roll dengan cara gulungan yang unik tapi mudah dipelajari. Boleh buat banyak stok untuk frozen dan hanya goreng jika ingin makan.

Buat Stok Sardin Roll Frozen Untuk Makan Sendiri Atau Bisnes

Buat Stok Sardin Roll Frozen Untuk Makan Sendiri Atau Bisnes

SARDIN ROLL FROZEN

BAHAN PASTRY:

IKLAN
  • 4 cawan tepung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
    *campur semua
  • 1/4 cawan minyak
  • 2 sudu makan penuh majerin
    *panaskan sehingga panas sedikit
  • Air (tambah sehingga terbentuk doh)

CARA MEMASAK:

  1. Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul sampai jadi serbuk. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit dan bulatkan doh.
  2. Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sebelum guna (wajib).
  3. Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian bila hendak guna doh akan jadi lembut. Masa ini uli dalam seminit dua. Permukaan doh akan cantik licin.
  4. Buat doh kecik bulat saiz yang di ingini.
  5. Buat bentu bulat bujur seperti buah “pear”. Canaikan seperti bentuk dalam gambar.
  6. Untuk bahagian hujung yang tirus itu nipiskan sedikit. Bila gulung nanti tidak perlu letak air sebab isi akan melekat.
    *(pilihan tip) boleh tambah 1 sudu makan shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam adunan atau masa menggoreng.

Buat Stok Sardin Roll Frozen Untuk Makan Sendiri Atau Bisnes

BAHAN INTI

IKLAN
  • 1 tin besar sardin
  • 1/2 labu bwg besar-dadu
  • 2 biji bwg putih-cincang
  • Cili padi/besar-optional
  • 2 sudu makan cili giling-optional
  • Gula garam
  • Perahan limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sedikit sahaja nanti berminyak susah nak untuk letak di doh)
  2. Tambah cili giling dan tumis sampai cili giling separa garing.
  3. Masukkan sardin dan pecah-pecahkan.
  4. Tambah garam gula dan akhir sekali perahkan limau.
  5. Masak sampai kering.

Hasil: lebih kurang 48 biji

IKLAN

Buat Stok Sardin Roll Frozen Untuk Makan Sendiri Atau Bisnes

Buat Stok Sardin Roll Frozen Untuk Makan Sendiri Atau Bisnes

Tip: Untuk frozen bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180’C/ 10minit. Jika hendak goreng sekejappun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.

Kredit: Ellyna Abdul Aziz

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI