Kalau sebut tentang sup, memang ramai penggemarnya. Untuk rasa kelainan, boleh cuba buat Sup Ayam Thai. Aroma daun limau purut itulah yang membuatkan sup ayam ini lagi umph. Dapat pula hirup kuah panas-panas. Memang mengundang selera.
Nak menyediakan Sup Ayam Thai ini pun mudah sahaja. Bahan-bahan pun menggunakan yang sedia ada di dapur sahaja. Jom ikuti perkongsian resipi daripada Tengku Syazwanyini. Kalau badan rasa tak sihat, minum sup ini pun akan buat tubuh berpeluh dan kembali segar. Cubalah.
Tercari-cari menu sihat tapi sedap? Ha… Cuba resipi Clear Seafood & Vege Soup perkongsian saudari Marini Ismail ini. Menurut beliau menu ini sangat cepat masak, sihat dan berkhasiat. Tak payah tumis pun. Main campak-campak je.
Walaupun simple tapi sup ini sangat sedap dan beraroma. Bahan yang wajib ada serbuk lada putih dan minyak bijan.Barulah sup lebih beraroma. Kalau nak pedas boleh makan dengan Cili Padi Kicap atau sos cili ala Johnys.
Sup ni sesuai makan dengan kuetiau, bihun ataupun mi shabu shabu. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!
RESIPI CLEAR SEAFOOD & VEGE SOUP
BAHAN-BAHAN:
5 – 7 ulas bawang putih – cincang halus
White Fish Ball / fishball ikan putih
Seafood Tofu – potong kecil
Filament ketam – potong kecil
Cendawan Inoki – potong kecil
Sawi Bak Choy – dipotong
Serbuk lada putih – beli online disini
Mushroom Seasoning – beli online disini
Garam secukup rasa
Minyak bijan – beli online disini
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan masukkan bawang putih yang dicincang.
2. Bila sudah mendidih, masukkan fishball, seafood tofu dan cendawan inoki.
3. Kemudian boleh perasakan dengan garam, mushroom seasoning dan minyak bijan dengan secukupnya
4. Akhir sekali baru masukkan bak choy dan filament ketam.
5. Didihkan dan tutup api. Siap untuk dinikmati begitu sahaja atau bersama bihun, kuetiau atau mi.
Musim hujan ini hidangan yang paling enak dimakan adalah sup. Dapat hirup sup panas-panas memang menyelerakan.
Antara idea yang boleh dihidangkan adalah sup cendawan ayam. Sup ini lebih sedap dihirup begitu saja tanpa makan dengan nasi.
Resipi Sup Cendawan Ayam
Bahan-bahan
4 ulas bawang putih -diparut halus
4 ulas bwg merah -diparut halus
2 inci halia -diparut halus
1 dada ayam atau isi ayam
3 bungkus isi ketam -diracik halus
1 bungkus kecil cendawan hitam kering – rendam dan gunting halus
1 bungkus kecil cendawan shitake kering – rendam dan gunting halus
3 kiub pati ayam
1 botol sos tiram
1 tin jagung
4 biji telur
Tepung jagung (dibancuh dengan air sedikit)
Cara masak
1. Rebus isi ayam. Selepas masak keluarkan ayam kemudian racik halus isi ayam.
2. Tambahkan air dalam air rebusan ayam tadi mengikut kuantiti sup yang ingin dimasak.
3. Selepas air mendidih, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan cendawan, isi ayam dan sos tiram. Gaul rata. Perasakan sup, tambah kiub pati ayam atau sos tiram ikut kesesuaian rasa.
5. Kemudian masukkan jagung serta isi ketam.
6. Kacau sup, bila sudah mendidih masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung. Pastikan sup sentiasa digaul semasa memasukkan tepung jagung. Masukkan tepung jagung mengikut kepekatan yang dikehendaki.
7. Akhir sekali masukkan telur sedikit demi sedikit. Pastikan sup sentiasa digaul semasa memasukkan telur.
8. Selepas habis masukkan telur biar seketika.Ketika ini boleh rasa sup, boleh tambah apa yang kurang, jika kurang pekat, boleh tambahkan tepung jagung.
Ada orang suka masak sup reneh begitu sahaja, Ada juga yang suka menumiskan bahan-bahan. Kalau nak buat stail mamak yang pekat boleh guna rempah sup. Lagi kaw rasanya, hirup terasa rempah ratusnya.
SUP AYAM PEKAT
Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam -bahagian bertulang (kalau banyak ayam kena guna dua paket serbuk rempah sup)
1 paket rempah sup
1 paket 4 sekawan
Sup bunjut
1 biji bawang besar
Bawang putih-tumbuk
Halia -tumbuk
Tomato-dipotong dadu
Ubi kentang
Minyak secukupnya
2 mangkuk air
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
Cara memasak:
Saya tak guna blender sebab saya lagi suka potong macam ni. Hiris sebiji bawang besar senipisnya.Panaskan 3 sudu minyak masak langsung tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
2.Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.
4.Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
5.Masukkan ayam.
6.Gaul rata.
7.Masukkan dua mangkuk air.
Campakkan bunjut sup.
9.Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.Sehingga sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
10.Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!