Buat Sup Darat Bila Badan Rasa Tak Sihat. Lepas Hirup Terus Berpeluh, Segar Semula

Share

Bila badan rasa tak sedap atau tak sihat, selera makan pun kurang. Kalau boleh nak makan hidangan sup yang ringkas.

Salah satu menu sup yang boleh dihidangkan pada waktu sebegini adalah sup darat. Menurut Nur Amalyna Zuraidi

sup ini mampu memberi kesegaran kepada badan yang lesu akibat kurang sihat atau pun selesema.
Buat sup darat kalau badan rasa kurang sihat

 

Bahan-bahan:

Ayam
Serai ketuk
Bawang putih -ketuk
Lada -ketuk
Halia -ketuk
Kentang -potong

  1. Masukkan semua dalam periuk. Kemudian masukkan air, sukatan ikut cita rasa
  2. Tak perlu tumis semua bahan, terus rebus saja. Buka api dan biarkan mendidih.

3. Kemudian masukkan garam dan perasa, ikut cita rasa masing-masing.

4. Sambil tunggu kuah mendidih, tumbuk bawang merah dan cili. Kemudian potong asam limau bersama daun ketumbar, nak letak daun sup pun boleh juga.

5. Selepas itu masukkan bahan di atas dalam mangkuk. Bila sup dah masak tuang kuah sup dalam mangkuk.

Boleh terus makan, makan waktu sup masih panas. Memang berpeluh-peluh dan lepas makan biasanya badan akan jadi lebih segar.

 

 

Sumber: Nur Amalyna Zuraidi

 

Published by
Rose