Ada harinya kita tak berselera untuk makan nasi dan tak tahu nak makan apa. Bila tiba hari begini elok sangat buat sup kulit wantan bersama telur hancur ini.
Bila dah hidang dalam mangkuk, memang akan terus rasa ‘bernafsu’ untuk makan. Enak sangat bila dihirup, terasa lega dan puas. Paling penting hidangan ini mengenyangkan walau dimakan tanpa nasi.
Resipi Sup Kulit Wantan
Bahan-bahan
Kulit wantan -dipotong memanjang
1 biji telur
1 biji tomato -dipotong
Daun bawang
Minyak masak
Air secukupnya
Lada putih
Pati ayam
Garam
1 sudu minyak bijan
Ads
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak masak dan pecahkan telur, hancurkan.
2. Masukkan tiga cawan air, biarkan sehingga mendidih dan masukkan perasa iaitu lada putih, secubit pati ayam dan garam.
3. Kemudian masukkan hirisan daun bawang, tomato yang dipotong dadu dan kulit wantan yang dipotong memanjang.
Ads
Reneh sehingga kulit wantan lembut. Akhir sekali titis sebeberapa minyak bijan. Sedia dihidang.
Sup cendawan lemak berkrim ini tentunya disukai ramai, tak kira orang dewasa mahu pun anak-anak. Sedap dimakan dengan roti bawang putih atau dihirup begitu saja pun sedap. Sesekali beralih selera ke barat syok juga ye.
Ada yang mungkin beranggapan, sup cendawan ini sudah nak membuatnya. Sebab itu lebih suka makan bila ke restoran atau beli yang segera.
Aduh. Rugi tu. Sebenarnya tak susah pun nak memasak sup cendawan di rumah. Nampak je macam susah. Tambahan pula, bila masak sendiri lagi puas makan.
Ikuti perkongsian resipi daripada puan Reen Amirini.
Kisar separuh daripada cendawan shiitake hingga lumat.
Panaskan planta di dalam periuk. Bila planta cair, masukkan bahan Holland dan tumis hingga terbit wangi dan bawang bertukar warna kekuning-kuningan.
Tambah tepung gandum dan kacau. Waktu ini ia memang berketul-ketul. Tapi teruskan mengacau.
Masukkan pula susu segar. Kacau lagi.
Kemudian masukkan cendawan shiitake yang diracik ke dalam adunan. Kacau lagi. Masukkan juga air secukupnya supaya sup tidak terlalu pekat. Terus kacau dari semasa ke semasa.
Setelah itu, masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk Oregano secukupnya dan gaul lagi biar sebati.
Tutup api. Siap. Boleh dimakan panas-panas.
Sebenarnya ada satu cara lain untuk membuatkan sup lagi halus iaitu dengan mengisar sup itu dan setelah itu dimasakkan sekali lagi. Tapi malas, cara ni pun dah okay. Masih terasa tekstur cendawan yang diracik saat mengunyah. Tetap sedap.
Dapat menikmati sup ketika hujan memang layan. Teringin pula rasa nak makan dengan roti bakar, jomlah kita buat sup ayam pekat berempah. Bila dihirup terasa rempah ratus
yang digunakan. Confirm kenyang semangkuk.Masak nya mudah je,semua orang suka makan.
Sup Ayam Pekat Berempah
Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam ( bahagian bertulang)
1 paket rempah sup ( kalau ada banyak ayam, guna dua paket)
1 paket 4 sekawan dan bunjut
1 biji bawang besar-hiris nipis
3 biji bawang putih dan 1 inci halia – tumbuk lumat
1 biji tomato – potong dadu
Ubi kentang
3 sudu minyak
2 mangkuk air
Garam
Kiub pati ayam
Bawang goreng
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak,tumiskan bawang dan 4 sekawan.
Masak sehingga layu.
2.Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat.
Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan tomato, kacau sehingga tomato lembik.
4.Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
5.Masukkan ayam, gaul rata.
6.Masukkan dua mangkuk air.
7.Campakkan bunjut sup.
8.Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
9.Sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
10. Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.