Makan

Buat Sup Kulit Wantan & Telur Hancur Bila Tiada Selera. Memang Terus ‘Bernafsu’ Untuk Makan

Share

Ada harinya kita tak berselera untuk makan nasi dan tak tahu nak makan apa. Bila tiba hari begini elok sangat buat sup kulit wantan bersama telur hancur ini.

Bila dah hidang dalam mangkuk, memang akan terus rasa ‘bernafsu’ untuk makan. Enak sangat bila dihirup, terasa lega dan puas. Paling penting hidangan ini mengenyangkan walau dimakan tanpa nasi.

Resipi Sup Kulit Wantan

Bahan-bahan

Kulit wantan -dipotong memanjang
1 biji telur
1 biji tomato -dipotong
Daun bawang
Minyak masak
Air secukupnya
Lada putih
Pati ayam
Garam
1 sudu minyak bijan

Cara membuat

1. Panaskan sedikit minyak masak dan pecahkan telur, hancurkan.

2. Masukkan tiga cawan air, biarkan sehingga mendidih dan masukkan perasa iaitu lada putih, secubit pati ayam dan garam.

3. Kemudian masukkan hirisan daun bawang, tomato yang dipotong dadu dan kulit wantan yang dipotong memanjang.

Reneh sehingga kulit wantan lembut. Akhir sekali titis sebeberapa minyak bijan. Sedia dihidang.

Kredit resipi dan foto: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose