Bertempat di kampus KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam, Majlis Makanan Laut Norway memperkenalkan Akademi Sushi Global dengan matlamat memberi kemahiran membuat sushi.
Latihan dikendalikan oleh sifu sushi terkenal iaitu Hirotosshi Ogawa dari Jepun, latihan tersebut bertujuan mendidik para chef sushi mengenai seni tradisi pembuatan sushi dan pengendalian makanan laut mentah dengan bersih.
Kira-kira 30 orang chef sushi sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja mengambil bahagian dalam latihan tersebut. Latihan bukan hanya sekadar membuat sushi semata, ia meliputi keselamatan makanan dan kebersihan dalam pembuatan sushi serta pengendalian makanan laut, seni membuat nasi sushi, kemahirana trknikal untuk sashimi dan sushi, sejarah edomae sushi, Houchoutogi (penjagaan pisau Jepun), pembuatan sushi dan seni penyajian sushi.
Pada hari tersebut juga pihak media diberi peluang melalui pengalaman membuat sushi dengan tunjuk ajar oleh dia orang chef sushi Malaysia yang mendapat latihan di Akademi Sushi Global yang bertempat di Jepun. Kedua-dua chef telahpun memenangi Piala Dunia Sushi. Mereka ialah Chef Leon atau Yap Wee Leong (Juara Piala Sushi 2019) dan Chef Sky atau Tai Koon Siang (Piala Dunia 2018).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Khasiat Minyak Bijan Yang Ramai Orang Malaysia Tak Tahu.
Adakah anda gemar menggunakan minyak bijan dalam masakan? Kebanyakan orang menggunakan bahan ini kerana ia akan menjadikan bau masakan lebih harum dan menyelerakan. Masih ada yang bertanya tentang fungsi sebenar minyak bijan dalam masakan. Artikel ringkas ini merungkai persoalan anda.
Untuk pengetahuan anda, minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Pendek kata, kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya.
Bagi anda yang kurang gemar dengan bau minyak bijan, ia boleh digantikan dengan minyak masak biasa. Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.
Berikut adalah kebaikan minyak bijan (untuk kesihatan) yang mungkin boleh menggalakkan anda untuk lebih banyak menggunakan minyak bijan selepas ini:
KEBAIKAN MINYAK BIJAN
1. Pencegahan Diabetes
Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.
2. Mengurangkan Tekanan Darah
Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah.
3. Kesihatan Jantung
Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.
4. Anti Kanser
Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.
RESIPI MENGGUNAKAN MINYAK BIJAN
1. Isi Ayam Masak Bijan
BAHAN-BAHAN:
- 400gm isi ayam | dihiris
- 4cm halia tua | dihiris
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 3 sudu makan minyak bijan
- 50gm brokoli | dicelur
- Sedikit hirisan lobak merah
- 1 sudu teh makan bijan
- Sedikit garam
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bijan.
- Tumiskan halia sehingga berbau harum.
- Masukkan ayam, lobak merah dan bawang merah. Kacau rata.
- Masukkan air dengan secukupnya. Masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil sehingga mendidih.
- Akhir sekali masukkan bijan, brokoli dan garam secukup rasa. Kacau rata.
- Angkat dan hidangkan.
2. Korean Beef Bulgogi
BAHAN-BAHAN
- 500gm daging
- 5 ulas bawang putih | dicincang
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan cuka epal
BAHAN HIASAN
- Daun Bawang
CARA MEMASAK:
- Hiris daging nipis-nipis dan cuci bersih.
- Gaulkan semua bahan,perapan dengan daging dan perap selama satu jam.
- Panggang daging di atas api atau di dalam kuali sehingga masak.
- Hidang bersama taburan bijan dan dan daun bawang.
Perbezaan Antara Soda Bikarbonat, Baking Powder & Baking Soda.
Bagi yang selalu membuat kek dan biskut, pastinya pernah jumpa penggunaan bahan seperti Soda Bikarbonat, Baking Powder ( serbuk penaik) dan Baking Soda. Bahan-bahan ini digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik, ringan, lembut dan gebu. Nama seakan-akan dan fungsinya kelihatan sama. Tapi ada juga bezanya. Silap guna, kek, biskut atau pau anda tak akan jadi segebu yang diimpikan. Jom kita lihat perbezaannya.
1. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat adalah bahan penaik yang biasa, mudah didapati dan digunakan secara meluas dalam penghasilan kek, roti dan kuih. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar. Fungsinya adalah untuk menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Biasanya soda bikarbonat sering digunakan dalam penghasilan kek, roti dan kuih yang ada unsur asid didalamnya seperti yang menggunakan yogurt, susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan sebagainya. Soda bikarbonat bersifat alkali. Oleh itu ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan soda dan bahan asid apabila disatukan akan menghasilkan karbon dioksida. Maka apabila dibakar, doh akan mengembang. Oleh sebab itu bila hasilkan kek atau roti, mesti guna bahan ini. Jika tidak, pasti hasilnya padat dan tidak gebu.
2. BAKING POWDER (SERBUK PENAIK)
Selain Soda Bikarbonat, serbuk penaik atau Baking Powder juga adalah bahan yang wajib ada jika nak masak kek dan kuih. Biasanya ramai yang keliru diatara dua bahan ini.
Baking Powder adalah agen penaik kimia yang mengandungi campuran asid (biasanya cream of tartar), alkali (soda bikarbonat) dan tepung. Bila diadun dengan bahan lembap, ia akan menghasilkan gas yang membantu kek dan kuih menjadi kembang, lembut dan gebu.
Di pasaran, terdapat dua jenis serbuk penaik yang biasa dijual iaitu yang biasa dan berganda (double-action baking powder). Baking Powder biasa digunakan dalam menghasilkan kebanyakkan kek manakala jenis berganda pula digunakan untuk memasak aneka kek dan kuih kukus seperti apam, pau, kek kukus dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari Baking Powder biasa bagi menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan kembang.
3. BAKING SODA
Baking Soda. Yang ni paling mudah. Baking soda adalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Carta ini mungkin boleh bantu anda untuk faham antara kedua-dua bahan ni.
11 Sebab Kek Tak Menjadi. Semak Dahulu Sebelum Nangis Sakit Hati.
Kek yang kurang menjadi dan tidak seperti yang dibayangkan memang menyakitkan hati. Banyak tenaga dan masa dihabiskan. Jika ia berlaku pada anda, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Jom semak!
KEK TIDAK NAIK SEKATA :
- Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh.
- Bancuhan tepung tidak sebati.
- Suhu ketuhar mungkin terlalu panas.
- Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar.
- Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.
KEK MENJADI BANTAT :
- Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
- Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul.
- Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
- Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok.
- Sebaik-baiknya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. -Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
- Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
- Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. -Ini menjadikan kek rosak.
- Suhu ketuhar terlalu rendah.
KEK MENDAP DI BAHAGIAN TENGAH :
- Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
- Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya.
- Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
- Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
- Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
- Sukatan bahan tidak tepat.
- Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
- Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
- Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
- Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
KEK TERLALU LEMBAB DAN LEPER :
- Terlampau banyak cecair.
- Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
- Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
- Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
KEK TERLALU BERAT :
- Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
- Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
- Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
- Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung.
- Gula yang digunakan melebihi sukatan.
- Terlalu banyak cecair.
- Suhu ketuhar terlalu rendah.
KEK MEREKAH :
- Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
- Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.
- Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
- Kekurangan cecair.
- Acuan / loyang terlalu kecil.
- Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
KEK BUAH MENDAP :
- Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
- Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
- Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
- Terlebih serbuk penaik.
- Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit.
- Adunan tidak dipukul sebati.
KEK MENJADI KERAS :
- Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
- Terlalu banyak tepung gandum.
- Tidak cukup cecair.
- Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
- Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
- Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
- Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
- Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
KEK MENJADI KERING :
- Selalunya, dengan menambah 2 – 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat.
- Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
KEK MENJADI SEPERTI ROTI :
- Sukatan serbuk penaik tidak tepat.
- Sukatan mentega / marjerin tidak tepat.
- Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai.
- Tepung tidak sesuai.
- Adunan tidak dipukul dgn sempurna
KEK MENJADI SEPERTI BINGKA :
- Bancuhan tidak dipukul sebati.
- Terlampau banyak cecair.
- Tepung terlalu sedikit.
- Suhu ketuhar tidak cukup panas.