Kalau anda peminat tart telur, anda kini boleh cuba buat sendiri tart telur. Tidak perlu bersusah payah, boleh gunakan kulit paratha sahaja. Nak tahu resipinya? Nah, RASA kongsikan.
TART TELUR KULIT PARATHA
Ads
Bahan asas
1 peket kulit paratha
Ads
Bahan-bahan
6 biji telur ayam
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar esen vanila
1 sudu kecil garam
Ads
Cara membuat
1. Bahan-bahan di atas masukkan dalam 1 bekas dan kacau sebati.
2. Ambil 1 keping kulit paratha. Potong 4. Masukkan ke dalam acuan.
3. Kalau ada kulit yang terlebih lipatkan ke dalam loyang.
4. Tuang bahan-bahan yang dikacau tadi.
5. Bakar pada suhu 170°C dalam masa 40 minit.
Karipap pusing mempunyai kulit yang bentuknya berpusar. Teksturnya juga rapuh dan jadikan cita rasanya lebih mewah. Pun begitu, cara membuatnya berbeza dengan kulit karipap biasa.
Apa kata kita cuba buat kulit karipap pusing pula? Mesti seronok dan memberikan kelainan dalam pembikinan karipap kita.
RASA berikan resipinya yang gerenti jadi.
KULIT KARIPAP PUSING
BAHAN DOH A
1/4 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Air ais secukupnya
CARA MEMBUAT DOH A
1. Dalam periuk kecil, panaskan minyak masak dan marjerin sehingga berbuih.
2. Tuang minyak masak dan marjerin panas tadi ke dalam tepung gandum. Gunakan sudu, kacau sebati.
3. Masukkan garam dan air ais sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh lembut.
4. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 120 gram. Ketepikan.
BAHAN DOH B
120 gram tepung beras
100 gram marjerin
CARA MEMBUAT DOH B
1. Dalam bekas, campurkan tepung beras dengan marjerin. Uli sehingga menjadi doh.
2. Jangan tambah air. Kedua-dua adunan ini boleh jadi doh tanpa air.
3. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 70 gram. Ketepikan.
CARA MENYATUKAN
1. Ambil DOH A. Jadikan leper dengan gunakan tangan. Ambil DOH B. Letakkan atas DOH A. Satukan kedua-duanya menjadi satu bebola.
2. Gunakan penggelek, leperkan sehingga nipis. Kemudian gulung.
3. Selepas digulung, gelek lagi sehingga nipis. Gulung lagi. Kemudian potong doh ini kepada 6 bahagian. Boleh jadi 6 biji karipap.
4. Ambil 1 bahagian, isikan inti. Kelim jadi karipap. Bolehlah goreng.
Kulit akan jadi bentuk berpusar seperti ini.Sedap nampaknya.
Sumber: Hidayati Hana
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi.
Stok pisang masih ada di dapur. Bolehlah buat kuih untuk minum petang nanti. Buat apam pisang pun sedap ni. Selain dibakar sedap jika dikukus menggunakan acuan lompang. Lembut dan gebu. Buat dalam acuan kecil begini mudah nak makan.
Apam Pisang
Bahan-bahan:
5 – 6 biji pisang berangan
3 biji telur gred B
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang/gula kastor – nak manis lagi tambah
Sedapnya Apam Kampung Gula Merah resipi perkongsian saudari Norhasnita Zainudin ni. Bahan-bahannya ringkas malah senang nak sukat sebab guna sukatan cawan je. Bolehlah cuba buat untuk sarapan atau minum petang. Jom lihat cara-caranya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.