Tauhu berlauk ini sedap dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan sos cili. Ada juga yang buat pencicah cili kicap seperti tauhu bergedel. Rasanya yang digabungkan dengan isi ayam, tauhu dan tauhu telur memang sedap.
Boleh dikatakan tauhu berlauk ini juga sebagai antara menu sihat disebabkan bahan-bahannya dan cara memasaknya iaitu mengukus. Sesuailah pada yang sering mengamalkan pengambilan makanan yang sihat ini.
Ikuti perkongsian resipi tauhu berlauk daripada Maslinda Catelleya Orchid ini. Kalau dilihat, memang menyelerakan dan gerenti tak cukup satu. Jom cuba buat.
Kalau ada banyak stok kentang di rumah, bolehlah cuba buat bebola kentang. Nak lagi sedap, letak sikit keju dalam bebola tu. Hidangan macam ni boleh dijadikan kudapan. Kadang budak-budak suka kudapan yang bukan-bukan. Misalnya makanan ringan atau jajan. Kini emak-emak boleh sediakan kudapan yang mengenyangkan untuk anak-anak. Bebola kentang cheese ini boleh dijadikan kudapan yang memberi tenaga untuk anak.
BEBOLA KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN
3 biji ubi kentang
Keju
1 biji telur ayam telur
Tepung Bestari
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus kentang sampai empuk. Kemudian lenyek sampai tak berketul-ketul supaya senang nak bulat-bulatkan nanti.
2. Selepas siap lenyek, ambik sikit letak di tapak tangan. Kemudian letak keju dalam adunan kentang sebagai inti dan bulatkan jadi bebola.
3. Pecahkan telur dan kacau. Kemudian salut adunan kentang dengan telur.
4. Golek adunan dalam Tepung Bestari.
5. Goreng sampai warna kekuningan atau sampai masak.
Tip
1. Pastikan minyak masak secukupnya dan kena betul-betul panas sebelum menggoreng.
2. Sedap dimakan dengan sos Cheese atau sos cili.
Sedap Yong Tau Foo Pasar Malam ni. Lebih sedap lagi jika dapat makan ramai-ramai bersama keluarga. Hidangan ini jika dibeli, agak mahal harganya lebih-lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Cubalah masak sendiri. Tak susah pun untuk buat kuahnya. Lagi jimat malah boleh makan puas-puas. Saudari Eniza M. Salim ada kongsikan resipi yang dicuba dari saudari Hamidah Ida. Selamat mencuba!
CARA MASAK KUAH YONG TAU FOO SEDAP MACAM PASAR MALAM
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga taucu halus. 2. Tuang ke dalam periuk dan masak hingga mendidih seketika. Ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH: 3 sudu makan cili kisar 2 ulas bawang putih – diketuk Sedikit minyak masak
BAHAN KISAR HALUS: 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng 1 sudu makan tepung gandum 1 sudu makan tepung jagung 4- 5 sudu makan gula 3 cawan air 1/4 sudu makan garam
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga kering. 2. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi, masak seketika hingga kuah jadi agak pekat anggaran dalam 5 minit. Siap. 3. Sos-sos ini boleh dihidang dengan aneka bebola, hotdog, sotong, kangkung dan bermacam-macam lagi yng telah dicelur.
4. Campur kuah merah dan kuah hitam sesuai cita rasa. Tabur juga bijan dan bawang goreng. 5. Yong Tau Foo homemade sedia untuk dinikmati. Juga boleh dinikmati bersama sup.
Kredit resipi: Hamidah ida Kredit foto & dicuba oleh: Eniza M. Salim
Ada lebihan Rendang Daging yang tak habis? Jangan dibuang dulu, boleh buat Cheesy Rendang Beef Paratha ni. Menu yang sesuai dibuat ketika sahur. Tak rugi sebab memang sedap betul! Ada rasa pedas rendang dan lemak-lemak dari keju tu. Memang terangkat! Nak aroma dan rasa salai yang sebenar, gunakan je Chesdale Smoked. Anda pasti puas hati!
CHEESY RENDANG BEEF PARATHA
Bahan-bahan:
150gm rendang | leftover atau rendang tin
2 keping keju Chesdale Smoked
1 keping paratha | leftover paratha
2 sudu besar mayones
Cara Memasak:
Gaul rendang dengan mayones.
Letakkan inti rendang tadi di atas paratha bersama keju Chesdale Smoked.
Gulung kemas dan panggangkan di atas kuali sehingga perang dan keju mencair.