Nampak macam kuah gulai tapi kalau di negeri Pantai Timur khususnya di Terengganu ia dipanggil tumis belacan. Ia antara makanan yang selalu disajikan waktu musim hujan.
Boleh digandingkan dengan telur rebus, ikan, ayam goreng, ulam jantung atau pucuk ubi. Sajikan sekali dengan sambal belacan hidangan ini buat kita laju makan nasi.
1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 ulas bawag putih
2 inci halia
Belacan besar ibu jari
2 batang serai -dipotong kecil
5 biji cili padi suka pedas)
3 batang serai -diketuk
1 1/2 biji kelapa tua -diambil santan pekat
Minyak masak utk menumis
Air
Garam gula secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
5 sudu besar cili boh
Perasa
1/2 kerek besar nisan/ gula kerek
1. Panaskan minyak, tumis serai sampai wangi. Masukkan cili boh, tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi sampai pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
3. Apabila mendidih, masukkan santan. Tumis lagi sampai santan pecah minyak.
4. Masukkan perasa, gula kerek, garam, gula secukup rasa.
5. Boleh masukkan telur jika suka, biar sekejap tutup api. Ini adalah hasil selepas dimasak dalam 3 jam.
Untuk kombinasi lauk yang mantap hidang bersama ikan, ayam goreng dan sambal belacan.
Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli