Buat Vadai Homemade Yang Super Sedap. Memang Terbaik

Share

Biasa beli jer kuih vadai ni. Bila tengok aci menggoreng kuih ni memang tak boleh tahan bau aromanya. Kalau dah suka lebih puas buat sendiri. Ikut resipi yang dikongsi oleh Ana Shafia.

VADAI

BAHAN-BAHAN:

Kacang dhal – 400gm
1 biji bawang merah – potong dadu


1 sudu makan jintan manis
2-3 tangkai cili kering – potong kecil -BELI ONLINE DI SINI
3 tangkai daun kari – potong kecil
Garam, gula dan perasa secukupnya

TONTON GERENTI JADI :Resipi Pizza Ekspres Mudah

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kacang dhal dan rendam selama tiga jam.
2. Ambil segenggam kacang dhal dan ketepikan. Selebihnya,kisar dengan sedikit air hingga hancur.

3. Toskan airnya kemudian bolehlah digaul bersama bahan-bahan lain ( bawang merah, jintan, cili kering, daun kari dan kacang dhal yang diasingkan tadi.)

4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

5. Biarkan adunan selama 1 jam.

6. Panaskan minyak dan goreng adunan vadai tadi hingga garing dan kekuningan.

7. Angkat,toskan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit : Ana Shafia Aishah

INGIN MENUKAR BLENDER BARU? BOLEH LIHAT DI SINI.

Ada yang nak membeli belah barangan rumah? Boleh shopping online di https://invol.co/cloqny

 

 

Published by
Putri Adila Saari