Penggemar Carrot Cake, anda boleh cuba membuatnya sendiri kerana kek ini antara kek yang mudah disediakan. Berikut dikongsikan resipi Walnut Carrot Cake yang simple tapi hasilnya sangat moist dan sedap setanding beli di kedai kek. Apa tunggu lagi di hari minggu ni anda boleh cuba. Untuk resipi macam biasa ada dikongsikan di bawah:-
WALNUT CARROT CAKE
BAHAN-BAHAN:-
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan walnut – panggang seketika dan cincang kasar
2 cawan karot – parut kasar
1 cawan kismis – opsyenal
BAHAN KRIM:
500gm cream cheese
1 cawan gula aising
300gm fresh cream
CARA MEMBUAT:
- Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.
- Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.
- Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.
- Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
- Setelah masak sejukkan.
- Sementara itu sediakan topping: Campurkan cream cheese dengan gula aising, putar hingga sebati dan lembut.
- Kemudian putar pula berasingan fresh cream, bila sudah kembang masukkan campuran cream cheese dengan gula aising tadi.
- Kacau sebati, setelah siap simpan dalam peti sejuk sementara kek sejuk.
- Sapukan krim pada kek dan hias ikut citarasa anda.
Kredit Resepi : Wan Zuulaiha Omar