Bubur anak lebah ini antara hidangan tradisi negeri Perak khususnya Perak tengah.
Seakan cendol, malah bahan yang digunakan pun hampir sama tapi, bukan ya. Sedap, manis berlemak bubur ini selalu disajikan bila menyambut bayi yang baru lahir.
Tapi kalau teringin nak rasa boleh saja membuatnya bila-bila suka. Caranya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Norita Tajuddin.
4 liter air
1 kg gula
Santan cair
Daun pandan yang disimpun
1 kampit tepung beras
1 sdb tepung jagung
Pewarna hijau (jika suka)
1 sdk kapur
1 cawan air pandan
Acuan anak lebah
1 kilo pati santan
1. Masukkan 4 liter air dalam periuk. Kemudian masukkan gula, daun pandan dan santan cair. Biar hingga mendidih
2. Sementara itu boleh gaulkan semua bahan membuat anak lebah dalam mangkuk, tambah air (boleh gunakan air dalam periuk yang dimasak).
3. Uli hingga menjadi doh yang tidak keras dan tak lembik.
4. Selepas air mendidih, letakkan acuan di atas periuk kemudian boleh tekan doh tepung tadi hingga tepung jatuh ke dalam periuk.
5. Sambil itu kacau supaya tepung anak lebah tidak berkumpul atau berketul-ketul.
6. Bila tepung timbul boleh masukkan pati santan, boleh tambah garam dan gula ikut citarasa.
7. Tanda bubur sudah masak bila semua tepung timbul dan bertukar warna sedikit.
TIP: Jika kuah pekat boleh tambah air panas.
Kredit foto & resipi: Norita Tajuddin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA