Bubur Ayam Ala McD Yang Mudah Boleh Buat Sendiri Dan Pasti Menjadi

Share

Masak bubur adalah menu yang paling mudah lagi-lagi kalau Bubur Ayam Ala Mcd ni dibuat dengan cara dan resipi yang tepat confirm berselera. Resipi asal telah dikongsikan oleh Aniz Cheeszif HQ di facebook ni memang gerenti menjadi walaupun baru pertama kali cuba masak bubur ayam ala Mcd. Kadang tekak teringin makan menu yang simple seperti bubur ayam kan? Nak masak pun mudah dan tak guna banyak masa nak dihidangkan. Jom kita cuba menu Bubur Ayam Ala McD ni.

 

Lagi jimat masa kalau korang masak Bubur Ayam Ala McD ni menggunakan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker campak-campak je dalam periuk ni tiba-tiba dah siap! Dapatkan pressure cooker warna pink yang cantik ni dengan harga istimewa guna code RASGSP5

DISINI!

 

BUBUR AYAM ALA MCD

BAHAN-BAHAN:

Ayam

Beras / Nasi

Hirisan halia – BELI DISINI

Lada putih

1/2 kiub pati ayam

Lobak merah (jika suka) – BELI DISINI

Minyak Bijan – BELI DISINI

Daun bawang / daun sup

Bawang goreng – BELI DISINI

CARA PENYEDIAAN:

1. REBUS AYAM

Mula-mula kita rebus ayam. Lagi bagus kalau guna ayam bahagian dada / breast.

Potong sederhana besar dah ok sebab nanti kita akan carikkan isinya.

2. MASAK BUBUR NASI

Serentak dengan tu masak bubur nasi dekat sebelah. Disebabkan semalam punya nasi tak habis lagi, saya guna nasi lebihan semalam je. Taknak membazir kan.

Kalau tak ada nasi lebih ni, bolehlah masak beras macam biasa dalam rice cooker. Cuma lebihkan air sikit.

Masukkan sekali hirisan halia ke dalam rebusan nasi / beras tadi.

3. ASING & CARIKKAN ISI AYAM

Bila ayam dah empuk/ masak, keluarkan ayam. Biar sejuk sekejap.

Air rebusan ayam tu boleh masukkan ke dalam bubur nasi tadi.

Agak-agak ayam dah sejuk dan dah boleh di pegang dengan tangan, carikkan isi ayam tu.

Nak carikkan dengan garfu pun boleh juga.

4. MASUKKAN CARROT

Bila bubur dah cantik elok kembang dah lembik, masukkan pula hirisan carrot dan ayam rebus yang dah dicarik tadi.

Sambil tu kena kacau selalu ya. Takut nanti nasi berkerak / hangit tak sedap nanti rasanya.

5. PERASAKAN

Seterusnya perasakan dengan garam dan lada sulah / lada putih.

Kalau suka, boleh letak 1/2 kiub pati ayam. Tapi kalau nak buat untuk bayi yang dah boleh makan, tak perlu letak. Biarkan kosong saja tanpa garam juga.

Kemudian saya tambah crispy garlic / bawang putih goreng kat dalam tu sekali. Lagi harum bau dia. Kalau tak ada boleh buat kejap. Hiris halus bawang putih dan goreng sampai garing.

Kemudian tunggu menggelegak.

Reaepi bubur ayam mcd

6. SIAP UNTUK DIHIDANG

Bila bubur dah menggelegak nanti tutupkan api. Masa nak makan nanti bolehlah taburkan daun sup / daun bawang, bawang goreng, dan lada sulah ikut suka. Kalau budak-budak mungkin lagi suka yang jenis kosong, terpulanglah ikut tekak masing-masing.

Akhir sekali, kalau ada minyak bijan di rumah, renjiskan sikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya.

 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Anis Cheeszif HQ

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA

 

Published by
Nadzirah Rashid