Bubur Biji Nangka atau dikenali juga sebagai Butir Nangka merupakan manisan yang sangat digemari masyarakat Melayu. Ia mudah diperolehi dan biasanya menjadi sebutan ramai terutamanya dikala bulan Ramadan.
BAHAN-BAHAN:
- 150gm tepung pulut
- 1 sudu makan tepung beras
- 180ml air
- 240ml santan pekat
- 480ml santan cair
- 1 ulas bawang merah | dihiris
- 2cm halia | dihiris
- 1 sudu teh biji halba
- 90gm gula pasir
- 2 helai daun pandan
- ¼ sudu teh garam
- Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
- Di dalam sebuah bekas, adunkan tepung pulut dan tepung beras bersama air sehingga menjadi doh.
- Bahagikan doh kepada dua bahagian dan ambil satu bahagian dan warnakan dengan sedikit pewarna hijau.
- Bentuk menjadi bentuk bujur kecil seakan biji nangka. Ulang proses hingga kedua-dua doh tepung pulut habis.
- Selepas itu, rebus di dalam periuk sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Di dalam periuk berlainan, masak santan, halia, bawang, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebentar.
- Kemudian, masukkan biji nangka yang telah direbus tadi ke dalam periuk dan gaul rata.
- Setelah mendidih, tutup api dan hidangkan. Sedia dinikmati.