Bubur jagung lemak manis. Makan sejuk-sejuk memang best. Tapi, bagi yang suka makan panas-panas pun okay saja. Cuma bila seharian berpuasa, terasa lebih segar tekak bila makan yang sejuk. Betul tak?
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Nur Fadilah ini ye. Simple tapi dijamin sedap.
Buang kulit jagung, basuh, dan hiris isinya. Jangan tebal sangat dan jangan halus sangat.
Ads
Masukkan hirisan jagung tadi ke dalam periuk dan masukkan air tinggi daripada paras jagung.
Ambil lebih kurang dua senduk jagung dan sedikit air. Kisar sampai hancur. Tujuannya kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak.
Lepas tu tuang ke dalam periuk tadi.
Rebuslah semuanya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit.
Bila jagung dah empuk, masukkan santan, nisan dan garam sedikit.
Masukkan juga susu pekat. Kacau sedikit.
Ads
Untuk sagu, rebus air sampai menggelegak kemudian baru masukkan sagu. Air lebih sikit taka pa kerana senang sagu nak kembang. Kacau sikit-sikit tapi jangan kerap sangat.
Tanda sagu dah masak elok adalah apabila biji putihnya hilang. Selagi ada biji putih maksudnya tak masak lagi. Tapis dan lalukan dengan air paip. Sejatkan.
Kemudian masukkan dalam bubur jagung tadi dan kacaukan. Siap!
Kalau minum petang, memang sedap kalau dapat makan Kuih Bom panas-panas. Teksturnya yang lembut dan gebu, kalau setakat sebiji je, memang tak cukup. Bagi anda yang nak resipi Kuih Bom yang terbaik, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni antara yang mudah. Hanya guna empat bahan je. Memang terbaik.
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum,gula dan yis. Gaul hingga sebati sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Teksturnya kenyal-kenyal sahaja. Perap adunan selama 25-30 minit.
3. Bila adunan sudah kembang dan naik berbuih seperti dalam gambar, kacau adunan dan bolehlah digoreng.
4. Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Pastikan suhunya betul-betul panas.
5. Perlahankan api dan sudukan adunan tepung tadi. Goreng hingga garing.
Peminat lasagna boleh try buat lasagna guna biskut cracker ni. Nampak macam senang nak buat. Rasanya pun mesti rangup-rangup sikit kan? Jom try. Tak susah pun.
LASAGNA BISKUT CRACKER
BAHAN PERAP INTI
1 tiub daging cencang
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu serbuk kari
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
1 biji bawang Holland (untuk menumis nanti)
CARA PERAP INTI DAGING
1. Satukan semua bahan inti (kecuali minyak masak dan bawang holland) dalam sebuah bekas.
2. Perapkan sekejap dalam lebih kurang 5 minit.
3. Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis.
4. Potong dadu bawang Holland. Tumis sekejap dan masukkan inti daging perap tadi.
5. Masak hingga garing. Bila dah masak ketepikan.
BAHAN UNTUK DILAPIS
1 cawan susu cair
1 cawan santan
1 cawan air
Marjerin | untuk sapu pada loyang
1 pek biskut cracker
10 biji telur ayam | pecahkan dan kacau
Sedikit daun bawang / daun sup
Hirisan cili
Parutan keju
CARA CELUP & LAPISKAN BISKUT
1. Siap buat inti, kita nak melapis pula. Lebih kurang macam buat cheesekut.
2. Satukan susu cair, santan dan air dalam periuk. Panaskan.
3. Sementara itu, boleh lapik loyang dengan aluminium foil. Sapukan marjerin keliling loyang 8 inci.
4. Celup biskut cracker dalam adunan susu dan santan tadi. Jangan lama nanti biskut lembik. Susun dalam loyang.
5. Letak inti daging. Ratakan telur di atas inti daging. Tambahkan daun bawang atau daun sup dan cili yang dihiris.
6. Letakkan sedikit parutan keju jika suka.
7. Letak telur lagi.
8. Ulang langkah 4 hingga 7 sampailah habis biskut dan inti daging.
9. Bakar pada suhu 170 selama 40 minit atau ikut kapasiti oven masing-masing.
10. Selesai membakar, hiasilah topping lasagna ikut kreativiti masing-masing.
Kuih Dangai Kukus ni memang wajib cuba! Berasal daripada kuih tradisional masyarakat Melayu, dangai biasanya dibakar dalam acuan. Tapi versi kukus ni lebih lembut, gebu dan tak kurang sedapnya.
Keistimewaan kuih ini terletak pada gabungan kelapa parut segar dengan sedikit gula melaka atau gula pasir, menjadikannya berlemak manis dan harum semerbak. Bila dikukus, aromanya cukup memikat — sesuai sangat untuk hidangan minum petang atau sarapan ringan.
KUIH DANGAI KUKUS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kelapa parut
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Gula merah secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Tips Sedap Kuih Dangai Kukus:
Guna kelapa parut muda untuk hasil lebih lembut dan berlemak.
Kukus guna api sederhana supaya tekstur kekal gebu.
Kalau suka rasa klasik, ganti separuh gula pasir dengan gula melaka cair.
Nikmati panas-panas bersama teh O atau kopi kampung. Kalau nak lebih moden, boleh juga dimakan bersama ais krim kelapa atau serikaya buatan sendiri — kombinasi tradisi dan moden yang menarik!
Kuih ni bukan saja mengenyangkan, malah membawa nostalgia zaman dulu. Setiap gigitan mengingatkan pada suasana kampung. Ia wangi, lembut dan penuh kasih dalam setiap adunan. Rugi kalau tak cuba buat sendiri!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: