Bubur jagung lemak manis. Makan sejuk-sejuk memang best. Tapi, bagi yang suka makan panas-panas pun okay saja. Cuma bila seharian berpuasa, terasa lebih segar tekak bila makan yang sejuk. Betul tak?
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Nur Fadilah ini ye. Simple tapi dijamin sedap.
Jagung
Air
500 ml santan segar – boleh beli online di sini
3 keping nisan- boleh beli online di sini
Sedikit garam – boleh beli online di sini
3 sudu besar susu pekat – boleh beli online di sini
Sagu – boleh beli online di sini
Buang kulit jagung, basuh, dan hiris isinya. Jangan tebal sangat dan jangan halus sangat.
Masukkan hirisan jagung tadi ke dalam periuk dan masukkan air tinggi daripada paras jagung.
Ambil lebih kurang dua senduk jagung dan sedikit air. Kisar sampai hancur. Tujuannya kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak.
Lepas tu tuang ke dalam periuk tadi.
Rebuslah semuanya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit.
Bila jagung dah empuk, masukkan santan, nisan dan garam sedikit.
Masukkan juga susu pekat. Kacau sedikit.
Untuk sagu, rebus air sampai menggelegak kemudian baru masukkan sagu. Air lebih sikit taka pa kerana senang sagu nak kembang. Kacau sikit-sikit tapi jangan kerap sangat.
Tanda sagu dah masak elok adalah apabila biji putihnya hilang. Selagi ada biji putih maksudnya tak masak lagi. Tapis dan lalukan dengan air paip. Sejatkan.
Kemudian masukkan dalam bubur jagung tadi dan kacaukan. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official