Guna enam bahan aje kalau nak buat bubur jagung lemak manis. Dahlah sedap sangat mudah dan cepat memasaknya.
Jom kita tengok resipi dari Suhaz Waniy ni. Jagung tu penting kena pilih yang segar dan manis barulah meletup rasa sedapnya. Lain -lain ramuan santan segar , gula nisan dan susu pekat pasti menambah kelazatannya
CARA MEMASAK : 1. Mula-mula buang kulit jagung, basuh, & hiris macam ni. Hiris agak2 jangan tebal sangat jangan halus sangat. 2. Masukkan hirisan jagung tadi dalam periuk & air tinggi dari paras jagung. 3. Ambil lebih kurang 2 senduk jagung dan sedikit air. Kisar sampai hancur. Tujuan dia kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak. 4. Lepas tu tuang dalam periuk tadi. 5. Dan rebuslah semua nya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit. 6. Bila jagung dah empuk, masukkan santan, nisan dan garam sedikit. 7. Masukkan juga 3 sudu besar susu pekat. Kacau sedikit.
.
8. Untuk sagu, rebus air sampai gelegak lepas tu baru masukkan sagu. Air lebih sikit takpe senang sagu nak kembang. Kacau sikit2 jangan kerap sangat. 9. Ni tanda sagu dah masak elok. Biji putih dia hilang. Selagi ada biji putih maksudnya tak masak lagi. 10.Tapis dan lalukan dengan air paip macam ni.
.
11. Sejatkan. Kemudian masukkan dalam bubur jagung tadi dan kacaukan.
.
Kredit:Suhaz Waniy
Ads
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERBARU, JOM BELI DI SINI
Malam ni jom kita makan dari kebiasaan. Apa kata nikmati apam lenggang yang boleh dimakan begitu sahaja mahupun dipadankan dengan sambal bilis. Dari satu mungkin berkeping anda menikmatinya. Ada resipi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi.Cara orang lama ialah menggunakan nasi sejuk. Apabila bancuhan diperap, rasa yang enak dari beras dan tekstur yang lembut dan gebu akan terhasil.
Apam lenggang lemak manis
Bahan2 2 cawan tepung beras 1-2 sudu makan yis kering tp xyah membukit 3 sb gula
Sedikit garam
3/4 cawan air suam
Satukan dan kacau ttup biar 30 mnt
Bukak ttup masukkn 1 biji telur
1/2 cawan santan pekat kalau xde pakai je susu segar kacau rata adunan
Panaskan kuali letak minyak sket atas tisu dan sapukan pd kuali non stick lg bagus
tuang 1 senduk dan lenggang kan kuali tu.. ttup pakai ttup periuk sekejap 3mnt sekejap je xyah lama2 sgt nnti hangus plak.. dh siap, blh gulung kan..
Kuih Siput adalah salah satu snek kudapan kegemaran ramai bila tibanya sambutan istimewa seperti hari raya. Sangat mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya namun rasanya sangat enak dan luar biasa. Bagi anda yang suka makan Kuih Siput yang rangup dan sedap tetapi menggunakan bahan mudah, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni sangat sesuai untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT BISKUT SIPUT LEGEND YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum – beli online disini
1 peket serbuk kari daging spicy (25g) – beli online disini
1 cawan majerin – beli online disini
1 biji telur
½ cawan gula
1 sudu teh garam halus
Jintan manis & jintan putih (tiada sukatan. Agak-agak sahaja)
Daun kari – gunting halus
1 ½ cawan santan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Masukkan sedikit air dan uli. Pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Sedang-sedang sahaja teksturnya.
3. Bila sudah siap, boleh terus terap guna papan acuan.
4. Golek-golek je siput atas dulang. Masa goreng nanti tabur je daun kari dalam minyak tu supaya wangi.
Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.
Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika. Tambah sedikit minyak jika berkurangan.
Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.
Masukkan makaroni yang telah direbus. Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.
Seterusnya masukkan lada benggala.
Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ayam yang dipotong kecil.