Bubur Jagung Lemak Manis Paling Senang & Super Sedap

Share

Guna enam bahan aje kalau nak buat bubur jagung lemak manis. Dahlah sedap sangat mudah dan cepat memasaknya.

Jom kita tengok resipi dari Suhaz Waniy ni. Jagung tu penting kena pilih yang segar dan manis barulah meletup rasa sedapnya. Lain -lain ramuan santan segar , gula nisan dan susu pekat pasti menambah kelazatannya

BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS



.

BAHAN-BAHAN :

  • Jagung
  • Air
  • Santan (kak wani guna santan segar 500ml) – beli online DI SINI
  • 3 keping nisan -beli online DI SINI
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar susu pekat – beli online DI SINI

CARA MEMASAK :
1. Mula-mula buang kulit jagung, basuh, & hiris macam ni. Hiris agak2 jangan tebal sangat jangan halus sangat.
2. Masukkan hirisan jagung tadi dalam periuk & air tinggi dari paras jagung.
3. Ambil lebih kurang 2 senduk jagung dan sedikit air. Kisar sampai hancur. Tujuan dia kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak.
4. Lepas tu tuang dalam periuk tadi.


5. Dan rebuslah semua nya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit.
6. Bila jagung dah empuk, masukkan santan, nisan dan garam sedikit.
7. Masukkan juga 3 sudu besar susu pekat. Kacau sedikit.


.

8. Untuk sagu, rebus air sampai gelegak lepas tu baru masukkan sagu. Air lebih sikit takpe senang sagu nak kembang. Kacau sikit2 jangan kerap sangat.
9. Ni tanda sagu dah masak elok. Biji putih dia hilang. Selagi ada biji putih maksudnya tak masak lagi.
10.Tapis dan lalukan dengan air paip macam ni.


.

11. Sejatkan. Kemudian masukkan dalam bubur jagung tadi dan kacaukan.


.

Kredit: Suhaz Waniy

 

ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK  TERBARU, JOM BELI DI SINI

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI :

 

JUGA RESIPI – RESIPI INI :

https://www.rasa.my/nyaman-tekak-nikmati-puding-jagung-susu-coklat/

Published by
Faridah Talib