Senang je sebenarnya nak buat bubur jagung ni, yang buat susah rasa malas je. Bahan nak buat bubur jagung ni pun mudah je tak banyak hal. Menu bubur jagung ni terpulang nak dihidangkan panas ataupun sejuk. Tapi saya lagi suka makan masa sejuk rasa lemak manisnya lagi terasa di tekak. Resipi yang dikongsikan oleh Norhafizan Ezan Sulaiman di Facebook ni memang laku keras kalau terhidang. Jom kita cuba!
RESIPI BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 tin Cream Styled Corn (jenama hosen)
1 tin Sweet Corn (jenama hosen)
Ads
Susu cair 1 tin (nak kurang manis kurangkan. Kalau letak sagu kena letak 1 tin sebab nanti pekat)
Sehelai daun pandan
2 sudu besar gula perang
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan kedua-dua jagung dalam tin.
2. Tuangkan susu cair. Kemudian letakkan juga daun pandan dan gula perang.
3. Panaskan semua bahan dalam periuk sampai mendidih.
4. Bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan.
5. Boleh juga letakkan sagu mengikut citarasa masing-masing.
6. Nak lagi sedap boleh masukkan biskut wheat cracker yang sudah dihancurkan.
Bila penat dan cuaca panas, aneka minuman yang menyegarkan ini memang sangat laris. Bagi anda yang baru balik mengundi, boleh cuba buat minuman-minuman ni. Sejuk dan memang sedap!
1. JUS LIMAU ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
2. JUS MANGGA PUDINA
BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT:
Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
Tambah air gula jika suka.
Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO CHEF: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
3. SIRAP LONGAN MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Larutkan gula di dalam air.
Masukkan sirap. Kacau sebati.
Masukkan longan.
Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
4. PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 batang pudina
500 ml air
2 biji lemon (perah jus dan tapis)
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
Masukkan jus lemon.
Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
5. SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai (diketuk)
CARA MEMBUAT:
Letakkan madu di keliling dinding gelas.
Masukkan soda.
Masukkan serai. Biarkan seketika.
Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah bilangan serai dalam minuman untuk lebih membangkitkan rasa serai.
6. JUS STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
5 biji strawberi
1 cawan air
4 sudu makan gula
5 biji laici
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
Tambah air jika perlu.
Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.
Tengok tajuk menu dah tahu gerenti sedap. Daging dan keju memang gandingan rasa yang mantap. Tambah pula roti dicelup susu dan telur, sungguh menyelerakan.
Resipi perkongsian dari FB Diari Ohsemama ni patut dicuba. Anda boleh menggunakan daging kisar atau daging burger yang dihancurkan. Kalau min suka keju lebih sikit sebab min memang ‘cheese lover’.
CARA MEMASAK : Cara masak inti : 1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, 2. Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk 3. Masukkan sayur jika perlu 4. Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering 5. Ketepikan dan biarkan ia sejuk
Cara sediakan roti : 1. Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat 2. Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati 3. Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang untuk layer pertama (4 keping) 4. Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk lapis pertama 5.Susun kepingan keju ke atas inti 6.Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk lapis seterusnya seterusnya 7. Dan ulang seperti layer pertama tadi 8. Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali 9. Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti 10.Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak). Sediakan untuk dihidang
Pankek biasa mungkin sudah jemu kita makan, apa kata ubah selera dengan membuat pankek pandan bersama sos kastard ini.
Teksturnya pankek yang lembut gebu dengan rasa pandan dilapis sos kastard pekat memang sedap bila dimakan. Sesuai dihidangkan untuk sarapan ataupun makan petang.