Memang sedap dapat makan bubur jagung sempoi untuk minum petang.Campur sagu pun sedap ikut citarasa masing-masing. Kalau pecah-pecahkan biskut wheat cracker campur dengan bubur jagung ni pun lagi sedap.
Bubur Jagung
Bahan-bahan:
1 tin cream styled corn (jenama Hosen)
1 tin jagung manis (jenama Hosen)
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula perang
Ads
Cara memasak:
1.Dalam periuk masukkan kedua-dua jagung dalam tin.
2.Tuang susu cair. Letakkan daun pandan dan gula perang.
Anak-anak memang sukakan nuget. Oleh sebab itu snek ini lebih elok jika dibuat secara homemade. Bila buat sendiri, anda boleh tentukan bahan-bahan yang digunakan menjadikan ia lebih berkhasiat serta sihat untuk dinikmati. Paling penting terjamin kebersihan dan status halalnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Azliza Ismail ni. Anda pasti sukakannya.
NUGET AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 keping isi ayam | hiris dan kisar
2 biji telur
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar |optional
1 sudu teh lada putih
3 sudu besar tepung gandum atau breadcrumbs.
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan dan kukus. Anggaran 1/2 masak.
2. Kemudian bentukkan mengikut kesukaan. Jika suka cheese, boleh campurkan dalam isi ayam.
3. Setelah siap, celupkan dalam telur dan kemudian gaulkan dengan breadcrumbs.
4. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
Bagi yang rindu nak makan keropok lekorhomemade yang sedap dan segar, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Noriah Abdullah ni. Hanya 4 bahan diperlukan dan sangat mudah. Ada resipi sos pencicah juga. Selamat mencuba!
CARA BUAT KEROPOK LEKOR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan selayang (dibuang tulang) – ikan selayang juga dikenali dengan nama ikan sardin