Bubur Kacang Hijau Durian Untuk Hidangan Minum Petang. Sedapnya!

Share

Kalau ada durian di rumah, boleh juga buat bubur kacang hijau durian. Memang sedap. Dah lama rasanya tak makan bubur.

Jom kita buat untuk hidangan minum petang nanti mengikut resipi perkongsian saudari Afy AL Habibi. Selamat mencuba!

 

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

BAHAN-BAHAN:

3 cawan kacang hijau – beli online di sini
2 cawan santan pekat – beli online DI SINI
Halia | dihiris nipis – beli online DI SINI


2 helai daun pandan
3 sudu besar gula melaka – beli online DI SINI
Durian kampung
1 sudu makan gula – beli online DI SINI
½ sudu kecil garam – beli online DI SINI

Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh dahulu kacang hijau dan rendam dalam satu jam. Buang air rendaman tadi dan masukkan air baru dalam 4 hingga 5 cawan. Rebus dengan api perlahan sehingga kacang empuk.


2. Kemudian, masukkan santan pekat. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Kemudian, masukkan gula melaka.


5. Masukkan pula beberapa ulas isi durian kampung.


6. Masukkan gula dan garam untuk melemakkan rasa santan. Kuantiti gula bergantung pada citarasa masing-masing. Biarkan kuah mendidih beberapa kali dan kacau sesekali.


7. Tunggu hingga sebati dan boleh tutup api. Siap!

Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff