Kalau ada durian di rumah, boleh juga buat bubur kacang hijau durian. Memang sedap. Dah lama rasanya tak makan bubur. Jom kita buat untuk hidangan minum petang nanti mengikut resipi perkongsian saudari Afy AL Habibi.Selamat mencuba!
1. Basuh dahulu kacang hijau dan rendam dalam satu jam. Buang air rendaman tadi dan masukkan air baru dalam 4 hingga 5 cawan. Rebus dengan api perlahan sehingga kacang empuk.
Ads
2. Kemudian, masukkan santan pekat. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.
3. Untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan.
4. Kemudian, masukkan gula melaka.
5. Masukkan pula beberapa ulas isi durian kampung.
6. Masukkan gula dan garam untuk melemakkan rasa santan. Kuantiti gula bergantung pada citarasa masing-masing. Biarkan kuah mendidih beberapa kali dan kacau sesekali.
Ads
7. Tunggu hingga sebati dan boleh tutup api. Siap!
Anda peminat sawi jeruk? Kalau membeli tu kita sendiri tak tahu sejauh mana kebersihannya. Boleh cuba buat sendiri ikut langkah ini. Lepas ni tak payah lagi beli jika dah mahir membuatnya.
SAWI JERUK
Cara membuat:
1.Sawi patt choy dicuci bersih toskan dulu.
2.Sebelum tu saya siapkan air basuhan beras yang saya simpan (pagi tadi masak nasi air beras saya ambil masuk bekas)
3.Sawi tadi dijemur bawah cahaya matahari.Kena balik-balik supaya serata layunya.
4.Kemudian ramas-ramas sawi dalam bekas dengan 2 atau 3 genggam garam kasar.
5.Gaul rata sambil ramas sawi tu garam tak payah cuci terus masuk semua dalam botol nanti.
6.Jadi kecut begini.
7.Masuk dalam botol tuang air beras tadi.
8.Masukkan sedikit kunyit serbuk.Tutup simpan atas meja selama 10 -14 hari.Air tak payah tukar biarkan, cuma 2 hari sekali kena balik balikkan sawi tu yang atas ke bawah,bawah ke atas agar jeruk tu akan jadi serata warnanya.
9.Hari yg ke 11.
10.Bila dah 14 hari, tapis buang airnya masuk bekas simpan dalam peti ais supaya tahan lama.Sedap masak asam pedas atau masak lemak cili padi.Hiris nipis-nipis sawi jeruk ni. Hiris bawang besar.cili padi.ikan bilis, nak pecah telur pun boleh makan dengan nasi panas.
Alahai. Seluar jeans yang biasa dipakai tetiba ketat tang perut. Tak sedar perut dah makin membuncit. Nak kempiskan perut dengan cara selamat menggunakan bahan semula jadi? Meh buat sendiri jus yang bermanfaat untuk mengempiskan perut.
RASA kongsikan resipi buat sendiri jus kempis perut. Guna bahan-bahan semula jadi. Confirm takde bahan terlarang dan selamat digunakan.
JUS KEMPIS PERUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air
5 cm kunyit hidup (hiris kasar)
2 cm halia (hiris kasar)
2 batang serai (dititik)
1/2 biji lemon (potong bulat)
1 biji buah manjakani
4 ketul gula batu
2 sudu teh madu
CARA MEMASAK
1) Didihkan air dalam periuk. Masukkan kunyit hidup dan halia.
2) Kemudian masukkan serai dan hirisan lemon.
3) Masukkan buah manjakani, gula batu dan madu.
4) Renehkan sehingga tinggal kira-kira 1 cawan air.
5) Tapis dan sejukkan seketika. Sedia diminum.
TIP
1. Lemon boleh digantikan dengan pes asam jawa atau limau nipis.
2. Boleh diminum dua kali sehari.
3. Boleh disimpan dalam peti sejuk tetapi pastikan tidak lebih daripada 3 hari.
4. Tidak sesuai diminum oleh ibu mengandung.
Kali ini RASA ingin bawakan resipi kuih qasidah. Kuih ini meriah dengan bawang goreng. Jadi, apabila menikmati kuih ini, terasa seperti makan hidangan berat.
Resipi dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman facebooknya. Jom kita lihat resipi yang dikongsikannya ini.
KUIH QASIDAH
BAHAN-BAHAN
8 ulas bawang kecil (hiris nipis dan gaul dengan secubit garam)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
5 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak (untuk goreng baang)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng bawang kecil sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam bekas besar, satukan tepung gandum, tepung jagung, gula, garam dan air.
3. Kacau sebati.
4. Masukkan adunan ini ke dalam periuk. Buka api sederhana. Kacau sehingga adunan jadi berkilat dan meletup-letup. Tutup api.
5. Masukkan adunan yang telah dimasak ini ke dalam loyang. Ratakan.
6. Letak bawang goreng tadi di atas permukaan adunan yang telah diratakan.
7. Tunggu sehingga sejuk. Barulah boleh dipotong-potong.