Bubur Kacang Hijau Durian

Share
Durian dalam peti sejuk masih lagi berbaki. Menu apa ye yang boleh mengundang selera untuk minum petang. Apa kata min cadangkan buat bubur kacang hijau durian. Tambah selera dicicah pula dengan roti benggali.

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

Bahan-bahan:
Kacang hijau – rendam semalaman
Sagu biji
Air secukupnya – untuk merebus kacang sehingga kembang
1 sudu besar minyak masak – nak bagi cepat empuk kacang tu
Santan
Daun pandan
Garam
Gula pasir
Gula merah/perang – untuk bagi warna lebih cun je
Gula melaka
Durian – ikut le banyak mana suka tapi jangan le sampai nampak durian pulak dari kacangnya hihihi… Gurau je

Caranya
1. Rebus kacang hijau, air, garam dan minyak masak atas api sederhana. Tujuannya nak percepatkan proses rebus kacang tu bagi kembang. Kalau tak masukkan garam dan minyak masak harus kena berjam-jam baru nak empuk. Banyak gas terbuang.

2. Bila dah empuk (isi kacang hijau tu pecah-pecah) masukkan pelbagai gula, durian, daun pandan yang disimpul, biji sagu dan santan. Kacau nak bagi biji sagu tu tak melekat antara satu sama lain. Lagi pun kalau dibiarkan kang santan tu pecah minyak pula. Hancur jadinya. Jadi kena hati-hati yer.

3. Biarkan mendidih dan dah dapat kepekatan yang kita sukan boleh terus tutup api. Kalau nak cair sikit boleh le nak tambah sikit air lagi. Dah mendidih baru tutup api.

**Kot tak nak atau tak der durian, skip le part yang masukkan durian tu yer. Sedap gak kalau makan begitu saja.

Dah siap!!! Boleh le kalo nak dihidangkan. Makan lak dengan roti banggali kalau ada lagi masuk.. Kot tak guna je roti apa yang ada kat dapur tu. Kalau rasa terlebih rajin, tanak sikit pulut. Makan sedapppp. Pulut tu boleh buat Pulut Durian pulak. Lagi best…

Kredit: Resipi Sedap
Published by
Putri