Bubur Kacang Hijau, Sagu Dan Labu Kuning Penuh Khasiat

Share

Salah satu hikmah perintah duduk rumah ni ialah korang boleh tunjukkan skill memasak kat keluarga. Kalau selama ini menu semua main tunjuk kat kedai, inilah masanya korang be creative dan mana tau lepas ni vitamin R akan berterusan kan?

Apalah yang susahnya nak stay at home tu? Kata home sweet home. Sebelum ni kemain korang mengeluh kan tak cukup masa kat rumahlah segala bagai. Dah dibagi peluang macam ni, macam-macam pulak! Saya ni dah 20 tahun work from home sejak tahun 2000 lagi. Korang baru masuk hari kedua dah gelabah kucing.. apadaaa! Baik masuk dapur kita masak apa yang patut.

Oleh kerana full quorum kat rumah ni (6 dewasa + 1 kanak-kanak), lunch yang selalunya hanya saya dan Amsyar je dah kena masak dalam kuantiti yang lebih dan tea time menu pun kena fikir juga (selalunya saya skip tea time). Semua dah siap masak untuk hari ni termasuk tea time menu. Kalau nak cuba buat, saya kongsikan resipinya di bawah.

BUBUR KACANG HIJAU, SAGU & LABU KUNING

Bahan-bahan:

300grams kacang hijau – rendam setengah jam
200 gram labu kuning – potong kecil/dadu
30grams sagu (kecil) – rendam 15 minit
600ml santan
250grams gula merah
2 helai daun pandan -siat
Secubit garam

Cara-cara memasak:

1. Rebus kacang hijau hingga empuk. Toskan.
2. Labu dikukus hingga empuk.
3. Di dalam periuk, satukan separuh santan, sagu, gula merah & daun pandan. Kacau rata dan biarkan mendidih hingga gula sebati.
4. Masukkan kacang hijau yang dah direbus & labu yang dah dikukus. Tuang separuh lagi santan dan didihkan dengan api kecil hingga semua bahan masak sebati. Tambah garam, kacau dan tutup api. Enjoy! 💕💕

*Gula merah boleh ganti gula melaka/kabung/nise atau gula putih. Kuantitinya boleh dikurangkan atau ditambah ikut selera sendiri.
*Santan guna dari sebiji kelapa pun cukup, tak perlu asingkan santan cair atau pekat. Perah sekali saja.

Kredit: Chef Sue Arukin

Published by
Putri