Bubur Kacang Merah Untuk Minum Petang

Share

Petang begini,mulut terasa inginkan kudapan atau pemanis mulut. Kalau dihidangkan bubur memanglah sedap digabungkan dengan teh panas. Jom kita buat bubur yang satu ni, bubur kacang merah resipi Azian Hasan. Mungkin kita jarang makan bubur kacang merah. Selalunya kita makan bubur kacang hijau kan.


Bubur kacang merah yang Kak Yan buat ini ialah salah satu manisan untuk makanan masyarakat Cina. Manisan ini tidak menggunakan santan.Resipi ini menggunakan biji kacang merah. Kalau nak guna kacang merah tin, hanya tambahkan air, gula, daun pandan, sedikit bancuhan tepung beras dan hirisan limau kering.

Bahan-bahan:
300 gram kacang merah(direndam selama satu jam)


6 cawan air
180 gram gula
2 helai daun pandan
3 keping kulit limau kering

2 sudu makan tepung beras dicampurkan dengan empat sudu makan air.

Cara memasak:
1.Basuh kacang merah dan rebus bersama air sehingga ia lembut.
2.Masukkan gula, daun pandan dan kulit limau kering. Masak sehingga mendidih.
3.Masukkan tepung beras. Kacau sehingga kuahnya pekat.
Kredit: #azianhasan

Published by
Putri Adila Saari